loading...

Thursday 28 July 2016

Yana Samsudin Kongsi Kisah Lahirkan Anak

Setiap pasangan pastinya teruja melalui pengalaman buat kali pertama ketika menyambut kelahiran cahaya mata, sama seperti Yana Samsudin yang baru sahaja menyambut bayi lelaki pertama beliau minggu lalu dengan selamat. Malah katanya lagi, sehingga sekarang beliau dan suami seakan tidak percaya bahawa akhirnya mereka sudah bergelar ibu bapa.
“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar. Kami masing-masing teruja dan seakan tidak percaya kerana telah bergelar ayah dan ibu sehingga menitik air mata kerana terlalu gembira dengan anugerah Allah ini. Walaupun, saya terpaksa menahan sakit selama 16 jam sebelum selamat melahirkan secara pembedahan.

“Apapun, kami sangat bersyukur dan lega kerana segalanya selamat dan bayi juga dalam keadaan sihat. Sebenarnya, keadaan pada masa itu sangat kelam-kabut malah tarikh sebenar saya sepatutnya melahirkan bayi pada 25 Julai lalu. Disebabkan ini pengalaman pertama kami menyambut anak, jadi suami agak kekok dan sedikit huru-hara menguruskan saya”
“Selepas semua selesai dan saya serta anak dibenarkan pulang ke rumah, barulah suami ada masa untuk berkongsi berita gembira bersama peminat. Bukannya kami mahu buat kejutan tetapi masa tidak mengizinkan pada waktu itu,” katanya kepada portal My Artis bercerita mengenai pengalaman kali pertamanya menyambut bayi sulung mereka pada minggu lalu.




"Saya Tidak Akan Sesekali Mengaibkan Suami Dalam Apa Jua keadaan"

Walau bermacam spekulasi dan kenyataan dikeluarkan sejak Adi Putra bertindak untuk bernikah buat kali kedua secara diam, namun bagi seorang isteri, Aida Yusof tetap memegang prinsipnya yang tersendiri. Bagi beliau segala persoalan sudah terjawab dan dirinya tidak akan sesekali mengaibkan suaminya walau dalam apa jua keadaan yang menimpa.
“Sebagai suami, Adi sudah pun menjelaskan segalanya dalam sidang media yang dilakukannya baru-baru ini. Dia mengaku sudah berkahwin lagi. Jadi, saya anggap itu adalah benar dan segala desas-desus sudah terjawab. Selain itu, saya juga mempunyai prinsip yang sendiri iaitu tidak akan sesekali mengaibkan suami saya walau dalam apa juga keadaan sekalipun”
 “Saya menghormati tugas para wartawan untuk mendapatkan berita. Tetapi, saya seboleh mungkin mahu mengelakkan untuk menjadikan sesiapa mangsa keadaan, buat waktu ini. Bagaimanapun kalau ada sesiapa mahu meramalkan apa-apa tentang kami, apa yang boleh saya katakan, tunggu sahajalah,” katanya kepada akhbar Utusan malaysia mengenai perkara berkenaan.

Terdahulu, adik kepada Aida yang ingin dikenali sebagai Shah telah tampil mendedahkan perangai sebenar Adi yang dikatakan seorang kaki penipu. Dalam kenyataan yang sama, Shah turut mendakwa bahawa Adi sudah banyak menimbulkan masalah didalam keluarga Aida sehingga beliau tidak tahan lagi melihat kesedihan itu dan tampil kepada media.



Monday 25 July 2016

Wanita Ini Kongsi Kisah Housematenya Yang Tinggal Jauh Dari Suami, Satu Malam Dia Terdengar….



Bukan senang nak duduk serumah dengan kawan korang yang dah kahwin. Lagi pulak korang jenis yang baru putus cinta, atau yang masih single-mingle-pringles. Kadang-kadang, jiwa jadi kacau bila tengok diorang bermesra, bergurau sesama, masak, eh macam-macam lagilah. Ada jugak masanya ‘kemanisan’ hubungan diorang tu pun buat kita rasa nak kahwin jugak!
Tapi, di sebalik kemesraan tu kita mungkin tak tahu diorang sebenarnya macam mana. Sebelumnya maybe diorang banyak bergaduh, menyesal kahwin dan macam-macam lagi. Kami kongsikan story Atiqah untuk korang baca.

Main masak-masak nak siapkan juadah berbuka



Ramadhan ke -2.
Housemate aku seorang isteri dan juga wanita bekerjaya.Dah kawin pun duk jarak jauh dengan laki, haish..Sebab bulan puasa, balik awal, so dapatlah dia dengan suami berbuka sama. Aku sampai rumah, tengok dia dah halfway main masak-masak nak siapkan juadah berbuka. Kebiasaanya, lepas makan malam, aku akan terus masuk bilik, Astro aku bayar mmg nak bg orang lain tengok pun, hehe. Tapi hari ni tak. Aku berpeluang tengok cerita Istanbul Aku Datang sampai habis. Yes!
Lepas si suami masuk bilik untuk solat, then isteri pulak pergi solat (bilik kecil so tak boleh nak berjemaah). Si suami duduk lah depan t.v. sementara menunggu.Suku cerita Istanbul, dia bangun masuk bilik, tengok isteri dia buat ape sebab tak keluar-keluar dari bilik.
Kemudian, si suami keluar bilik, pergi ruang tamu, ambil handphone, ambil segala barang dia dan masuk bilik. Aku dah cuak. Dorng marah aku ke? Dorng tak selesa ke aku ada tengok t.v sama-sama? Dorang nak tido ke atau menjalankan tanggungjawab? Eh awal lagi ni ?. Aku nak tanya, tapi takut. Aku abaikan segala persoalan dan terus bermaharajalela menonton tv.

Muda lebih 10 tahun


Tepat jam 10, aku tutup t.v, kemas dapur then melangkah ke kamar tidur. Sewaktu melintas di hadapan bilik housemate aku, terdengar bacaan ayat suci Al-Quran. Sebab tak percaya dengan deria pendengaran sendiri, 3 kali aku keluar masuk bilik sebab nak pastikan apa aku dengar. Yup, suara housemate aku mengaji sambil si suami membetulkan bacaan. Saat dan ketika itu, aku rasa nak nages! Nak suami macam ni satu, pleaseee!!
Suami dia muda lebih 10 tahun. Aku kenal mereka berdua dari bujang sampai sekarang. Dari asyik gaduh, nak putus tunang padahal seminggu lagi nak kawen, seminggu lepas kawen rasa menyesal, kalau boleh nak undurkan masa, dan harap tak pernah kenal satu sama lain.

Usaha perbaiki perkahwinan mereka



Aku rasa ni antara usaha mereka untuk perbaiki perkahwinan mereka. Dulu tak solat, sekarang dah solat. Si suami ajar mengaji, semak bacaan. Walaupun lahir Islam, belum tentu lagi sempurna Islamnya. Dan pada mereka yang berkahwin dengan saudara/saudari Islam yang baru, korang lagi banyak cabaran tau.
Ok. Sekarang diorang laki bini tengah gaduh sebab compare lelaki handsome dan perempuan cantik. Lepastu gaduh sebab Beto Kusyairy layan Lisa sweet sgt. Okay good night!
Haa, tak semua orang perkahwinannya indah je dari mula sampai habis. Ada jugak yang bergelora, asyik bergaduh, dan macam-macam lagi. Pokok pangkalnya, kena ada agama. Sebab itu sebelum kahwin kena persiapkan diri dengan ilmu agama. Tak minta jadi ustaz pun, cukuplah tahu nak solat, mengaji sikit-sikit. Kan?


Lelaki Ini Ke United Kingdom Untuk Suprise Kan Girlfriend Namun Semuanya Hampa Apabila..


Cinta jarak jauh ni bukannya senang, ia memerlukan kepercayaan yang kuat antara satu sama lain. Dah banyak kali dah kami dengar cinta jarak jauh yang akhirnya terkandas di tengah jalan. Sama ada pasangan tu dah jumpa orang lain atau pun memang tak boleh berjauhan dengan orang tersayang.
Kali ni kami nak kongsi dengan anda kisah seorang lelaki yang ingin buat surprise untuk girlfriend di UK. Perhh jauh tu, sanggup berhabis duit untuk ke sana.. Bukannya murah. Tapi bila sampai sana, perkara yang tak disangkakan berlaku.. Haihh kesian lelaki ni..


‘I planned the surprise for months’


“She’s studying in the UK and i was in canada. It was okay i guess. We used to skype everyday. After graduating, i decided to stop by her university before going back to malaysia. She didnt know i was coming, i planned the surprise for months. She really liked snowglobes for some reason so i brought along a dozen of them in a seperate luggage because there were big. I arranged the snowglobes infront of her house just for extra effect.

‘I was excited to see her and when she came out..’

I was excited to see the look on her face. When she came out and saw me, she didn’t seem happy. She had a worried face on her. That was when i realized there was another guy in the house. I went back to my hotel room and sat there crying for two days before a friend picked me up. They’re married now”-Imran Zaki, Kuantan #HumansOfkoNY
Sumber: Instagram @afifkony



Jaga Ibu Tua Penghidap Stroke Tapi Dituduh Ambil Kesempatan Oleh Adik-Beradik Lain… Kejam!

(Sekadar Gambar Hiasan)



Seorang ibu boleh jaga sembilan orang anak, tapi sembilan anak belum tentu boleh jaga seorang ibu. Ayat tersebut bukanlah sekadar kata-kata pujangga, tapi benar-benar terjadi dalam kehidupan realiti.
Cerita ini dikongsikan oleh salah seorang pembaca. Katanya, bila terjadi dalam keluaga sendiri barulah benar-benar terasa peritnya. Ibu tua yang menghidap angin ahmar (stroke) tidak dipedulikan oleh anak-anak yang sudah dewasa dan berkerjaya.
Mujur ada seorang anak perempuan, dibantu oleh suaminya yang menggalas tanggungjawab menjaga dan menguruskan ibu tua tersebut. Namun apa yang dibalas oleh adik-beradik lain adalah perasaan buruk sangka. Ayuh ambil iktibar daripada kisah ini agar kita semua lebih menghargai insan bergelar IBU!



Anak Ramai, Tapi Tak Peduli Pada Ibu Yang Sakit Stroke!

(Sekadar Gambar Hiasan)
Walaupun seminggu, kau rasa penatnya menjaga seorang ibu yang sakit. Tapi kau tetap jaga sebab kau tahu that is your mom. Orang yang melahirkan kau. Sama jugak seorang anak yang menjaga ibunya yang sakit selama hampir 5 tahun. And she still took care of her because that is her mom. Orang yang sama melahirkan kau. Cuba ambil masa, fikir. Bertapa penatnya fizikal dan mental seorang anak untuk jaga ibunya yang sakit akibat stroke. She can’t walk without the help of others. She can’t move her right side of her body. Tapi kau rasa itu semua tanggungjawab seorang anak.

Menantu Lebih Bersusah-Payah Dari Anak Sendiri!

Sedangkan seorang ibu itu telah melahirkan 9 org anak. Mana yang lain di saat anak yang menjaga ibu ini menangis kerana terpaksa bertegas dengan ibunya yang tidak mahu berjalan? Di mana anak yang lain di saat anak yang menjaga ibu ini memikirkan makan pakai ibunya? Di mana anak yang lain di saat anak yang menjaga ibu ini perlu membawa ibunya ke hospital? Mujur anak ini telah berkahwin. Menantu juga yang menjadi lebih-baik-dari-anak-sendiri. Menantu itu juga yang terpaksa ulang-alik dari tempat kerja utk membawa ibu kepada 9 org anak itu ke hospital. Menantu itu juga yang terpaksa mencari dan membeli pampers setiap satu minggu. Di mana anak yg lain? Bantuan dari apa anak dan menantu ini dapat? Sokongan? Ucapan terima kasih? Terima kasih kerana dalam banyak-banyak adik beradik hanya seorang yg sanggup menjaga ibu mereka sendiri? Ucapan supaya ibu mereka terus kuat? Sayangnya, apa yang anak dan menantu itu dapat hanya buruk sangka adik-beradik yang lain.
Bukan tidak ada yang peduli, ada. Dalam 9 org hanya beberapa sahaja yang ambil kisah. Yang lain? Mereka sangka kesenangan yang dimiliki oleh anak dan menantu itu hasil duit pencen ibu, duit asb ibu. Mereka sangka duit dan segala harta ibu sudah habis dijoli oleh anak yang menjaga ibu mereka sendiri. Sedangkan duit dan harta ibu tidak diusik langsung. Mungkin mereka tidak tahu. Bertapa besarnya pahala menjaga ibu sendiri. Allah kurniakan rezeki kepada anak dan menantu itu. Alhamdulillah. Mereka hidup senang dengan rezeki yang tidak putus-putus mereka dapat. Mungkin kerana ikhlasnya hati seorang anak menjaga ibu mereka yang sakit. Mungkin itu cara Allah untuk buat anak ini rasa lebih baik. Alangkah baiknya jika anak-anak yang lain berfikiran begini. Adik-beradik yang lain ada yang ke masjid, ada yang berkawan dengan imam. But why don’t they think of it that way?

Sabar Ada Hadnya!

Sabar seorang anak ada hadnya. Sabar daripada seorang menantu juga ada hadnya. Penat seorang anak. Penat seorang menantu. Penat keluarga tersebut. Siapa yang tahu? Hanya Allah dan keluarga tersebut yg tahu. Adik beradik lain sangka perkara ini mudah. Adik beradik lain sangka everything is ok. Bantuan kewangan dari adik-beradik? Setahun pun belum tentu dapat. Mereka sangka jika memberi, akan habis dijoli. Sedangkan keperluan ibu mereka banyak yang perlukan duit. Pampers, susu untuk sakit kencing manis, makan pakai, baju raya tempoh hari. Mereka sangka duit pencen rm400 lebih is more that enough. Bukan mahu ungkit pasal duit, keluarga yang menjaga lebih dari cukup untuk menampung ibu tersebut. Cumanya nak tahu, mana tanggungjawab anak-anak yang lain? Orang kata minta JKM. Apa guna? Kenapa nak meminta duit bila mana ibu tersebut ada 9 org anak yang bekerja. Mana pergi nilainya menghargai manusia? Mana pergi nilainya kasihankan manusia? Mana pergi syukur seorang manusia? Itu bukan ibu seorang anak tunggal. Itu ibu mereka semua.
Ibu yang dimaksudkan adalah nenek saya. Sekarang dijaga oleh mak dan ayah saya. Ibu anak kepada nenek, ayah pula menantunya. Kami sebagai anak buah tak dapat nak bersuara kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Sebab memang dah tak jadi apa. Di saat mereka sedang menikmati CUTI dan berehat di rumah, ada yang terfikir untuk pergi menjenguk atau MENZIARAHI ibu sendiri? Sebulan sekali? 3 bulan sekali? 6 bulan sekali? Jauh sekali. Mungkin ada banyak perkara yang lebih penting diuruskan semasa cuti daripada menziarahi ibu sendiri. Kami adik beradik perhatikan je semua gelagat.Anak lelaki nenek 3 orang. Seorang je yang selalu jenguk nenek dan support moral kat mak saya.

Mudah-mudahan cerita ini dijadikan renungan buat kita semua. Hargailah ibu kita sementara dia masih ada. Sesungguhnya berkat doa seorang ibulah yang membawa kita ke syurga!