loading...

Monday 29 May 2017

NAK KAHWIN TP TAKDE MAKWE. AKHIRNYA DIA IKTIKAF KAT MASJID. APA JD SETERUSNYA AMAT MENGEJUTKAN !!!

Sekadar Gambar Hiasan.
Ada seorang kawan saya ni single lagi. Dia terfikir nak beli kereta Honda City. Rupanya dia nak beli Honday City tu untuk pikat perempuan!
Geram je saya nak bagitahu dia yang dia tak boleh buat camtu. Dia tak tahu ke kalau kita guna jaring ikan, maka yang biasanya yang terperangkap kat jaring tu adalah ikan je. Bila kita pakai jaring khas untuk udang maka kat jaring tu pun biasanya majoritinya udang je la yang berjaya ditangkap.
Camtu jugak kalau kita pakai harta untuk pikat perempuan. Maka biasanya perempuan yang gila harta je la yang akan terpikat nanti. Mungkin cantik fizikalnya. Mungkin bergaya lenggok jalannya. Mungkin lentik alis matanya tapi hubungan yang terbina atas cintakan harta tak boleh kekal lama. Ianya akan jadi hubungan hipokrit yang menyakitkan.
Saya teringat seorang kawan saya. Budaknya baik. Jenis tak reti nak pikat perempuan. Mak ayah orang susah. Jadi selama dia belajar dalam bidang Polymer Engineering kat salah sebuah IPTA tu dia cuma fokus belajar je dan tak pernah pun cuba pikat mana-mana perempuan.
Satu hari tu dia rasa nak kahwin. Dah sampai seru la kot ataupun ada la tu anasir-anasir nakal yang cuba ganggu gugat iman dia kan. Dia istikharah dan keluar iktikaf kat masjid. Akhirnya ada seorang pakcik yang offer anak dia kat kawan saya ni. Tak sampai beberapa bulan lepastu dia kahwin. Duit hantaran pun ada orang sanggup sponsor.
Lebih dasyat lagi bila dah kahwin rupanya isteri dia seorang perempuan yang sangat taat pada dia dan juga taat pada agama. Saya boleh lihat raut kegembiraan pada kawan saya ni setiap kali dia bercerita tentang isteri dia. Bersinar-sinar mata dia setiap kali dia sebut tentang isteri dia padahal dah lama kahwin.
Saya rasa dia dapat isteri berkualiti camtu sebab dia pakai jaring yang berkualiti untuk ‘perangkap’ isterinya. Dia hanya berusaha jadi orang yang baik, maka Allah temukan dia dengan orang yang baik. Begitu juga kalau kita tonjolkan kemewahan dan kemegahan untuk pikat kekasih hati. Maka yang terpikat adalah mereka yang gilakan dan dambakan harta kita je lah. – DR TAUFIQ RAZIF
P/S : Semoga kisah ni jadi teladan untuk kita semua ye. Yang penting, niat kena jaga.


Sunday 28 May 2017

(VIRAL) Pelik Anak 9 Tahun Selalu Kena Tindih Bila Aku Tiada Dirumah..Disangka Hantu Rupanya..

Pelik Anak 9 Tahun Selalu Kena Tindih Bila Aku Tiada Dirumah..Disangka Hantu Rupanya.. |Alor Setar: Tindakan lelaki berusia 22 tahun memperkosa adik tirinya, 9, di kediaman keluarga di sini mengundang padah apabila ditahan polis, semalam.


(Sekadar gambar hiasan)








GEMPAR!! Respon BALAS Permaisuri JOHOR.. Raja ZARITH SOFIA Tentang KOMEN Yuna Yang SANGAT MENGEJUTKAN!!

GEMPAR!! Respon BALAS Permaisuri JOHOR.. Raja ZARITH SOFIA Tentang KOMEN Yuna Yang SANGAT MENGEJUTKAN!!







#Sumber >> http://beritamemey.blogspot.my/


Saturday 27 May 2017

Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur…Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!

Kerap kali kita merungut dengan harga yang semakin menaik dan kos sara hidup yang tinggi, kita jadi lupa tanggungjawab kita sebagai anak untuk membalas budi ibu kerana perbelanjaan terbatas.



Gambar Sekadar Hiasan
Kisah seorang ibu yang ingin meminjam anaknya duit ini bakal membuatkan anda rasa sebak dan terus hubungi ibu anda yang berada di kampung halaman.

“Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur “

Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .
Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;
“Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur ”
Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;
“Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya..”
Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.
Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;
Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.
Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .
12 bulan X 60 = RM720
Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160

“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.
Lalu terkenangkan zaman kecilnya.
Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.
Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???
Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.
“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa”

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: “Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do’akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu”.
Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:
“Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo’a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian..”
Semoga Bermanfaat.

Tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.

Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain.
Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.
PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.
BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.


Friday 26 May 2017

Wanita 23 Tahun KANTOI Beranak Dalam Tandas, Apa Yg MENGEJUTKAN Teman Lelakinya Masih Budak !!!

Housemate terkejut yang rakannya beranak dalam tandas. Bila ditanya suami, tak jawab. Rupa-rupanya tak kahwin lagi. lebih memeranjatkan bila kawan bagi tahu umur dan siapa sebenarnya teman lelaki kepada anak ini sebenarnya masih….


Wanita 23 Tahun KANTOI Beranak Dalam Tandas, Apa Yg MENGEJUTKAN Teman Lelakinya Masih Budak !!! |Viral di laman Twitter seorang wanita berusia 23 tahun bersalin seorang diri dalam tandas sebelum disedari oleh rakan serumahnya. Apa yang mengejutkan ialah, teman lelakinya berusia 16 tahun.
Menurut AujiJiji yang mendedahkan kejadian itu, bayi terbabit kini berada di ICU kerana jangkitan kuman. Ibunya selamat namun kemaluannya koyak teruk kerana mengeluarkan bayinya sendiri.
Dari Twitter AujiJiji
Kawan aku baru cerita housemate dia bersalin dalam toilet malam tadi. Tanya mana husband dia, tak jawab. Rupa-rupanya tak kahwin lagi.
Baby masuk ICU sebab kena jangkitan kuman. Yang lelaki datang sekejap, kemudian nak balik sebab “Mak suruh balik rumah..”
Ye, lelaki itu baru berumur 16 tahun dan perempuan ini pula berumur 23 tahun. Perempuan itu dah tak ada mak dan ayah. Lagi kasihan.
Perempuan itu tak bekerja, yang lelaki itu pula bekerja di Baskin Robin. Macam mana entah makan minum perempuan itu selama ini.
Kawan aku bawa dia pergi ke hospital, baru tahu cerita ini semua. Baby masuk ICU sebab kena jangkitan kuman. Perempuan itu okay, tak tumpah darah. Tetapi vagina dia koyak teruk sebab dia keluarkan baby itu sendiri.
Barang baby satu pun tak ada. Kawan aku dahlah tak tahu apa nak jaga orang pantang. Aku tolong mana yang mampu sebab kasihan. Perempuan itu tak tahu ke bahaya beranak seorang-seorang dalam toilet?
Jadi, aku ada soalan serius. Macam mana kes ini akan diuruskan? Baby itu akan diambil oleh Jabatan Kebajikan ke? Atau macam mana?
By the way, kawan aku kata baby bot yang keluar ini handsome. Aku cuma berharap dia tidak menjadi mangsa keadaan saja. Aku sudi nak tolong sebab perempuan ini simpan baby walaupun dia tak kahwin lagi. Dia kuat sebab tak gugurkan baby dia walaupun dia tahu dia akan menanggung malu sebab melahirkan anak luar nikah. Betul dia salah tetapi dia tak buat salah kedua bunuh baby itu.
Terima kasih kepada yang nak beri barang baby sebab aku pun memang tengah tolong dia untuk cari barang baby. Yang tak mampu nak bantu, boleh tolong doakan baby itu ada masa depan yang cerah dan tidak menjadi mangsa keadaan.
Kredit : EBerita


Kanak-kanak perempuan 2 tahun mati lemas dalam baldi di pejabat teman lelaki ibu

KANAK-kanak perempuan berusia dua tahun lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman lelaki ibunya di Meru, Ipoh, semalam.




http://lynk.my/mJdX
Dalam kejadian 5 pagi itu, Fatini Aleysha Abdul Karim disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat terjatuh ke dalam baldi.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang mahu membuang air besar dibawa ke tandas oleh teman lelaki ibunya berusia 31 tahun manakala ibunya berumur 41 tahun menunggu di kereta.
Sehubungan itu, ibu mangsa dan teman lelakinya ditahan polis semalam bagi membantu siasatan dan direman pagi ini di Mahkamah Majistret Ipoh.
Mereka dibawa ke mahkamah 10.30 pagi sebelum Penolong Pendaftar Wong Lok Hai membenarkan wanita berkenaan direman selama empat hari manakala teman lelakinya direman enam hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati berlaku kecuaian sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam baldi.
“Lelaki berkenaan membawa mangsa naik ke pejabatnya untuk membuang air besar manakala ibu mangsa menunggu di dalam kereta sebelum lelaki berkenaan turun dalam keadaan cemas dan memberitahu kanak-kanak itu jatuh ke dalam baldi.
“Mereka kemudiannya membawa mangsa ke HRPB sebelum disahkan meninggal dunia dan laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat lemas,” katanya.
Sum berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Sumber: Metro


Isteri “Whatsapp” Suaminya Tanya Cara Untuk Siang Sotong. Apa Yang Suami Ini Balas Pasti Akan Membuatkan Anda Tersengih-Sengih. Part Lukis Gambar Sotong Tu Memang Sempoi Habisss !!!

Isteri “Whatsapp” Suaminya Tanya Cara Untuk Siang Sotong. Apa Yang Suami Ini Balas Pasti Akan Membuatkan Anda Tersengih-Sengih. Part Lukis Gambar Sotong Tu Memang Sempoi Habisss !!!









Sweet sangat kan pasangan suami isteri ni…



Tahukah Anda 9 Warna Air Kencing Ini Menerangkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Kita!



Buang air kecil sudah adalah salah satu perkara yang wajib dilakukan oleh semua manusia. Tetapi, setiap kali anda pergi membuang air kecil, jangan terus ‘flush’ dulu. Apa kata, ambil sedikit masa yang sekejap saja untuk melihat warna air kencing anda tersebut. Kenapa? Sebabnya, berdasarkan warna air kencing, kita boleh tentukan tahap kesihatan tubuh badan kita!
Oleh itu, selepas membuang air kecil, pastikan warna air kencing anda dahulu untuk mengetahui sebab-sebab perubahan warna air kencing seperti yang tersenarai ini :

1. TIADA WARNA ATAU JERNIH



http://www.mirror.co.uk/
Kalau air kencing anda tidak mempunyai warna iaitu jernih sahaja, ini kerana anda telah minum terlalu banyak air. Memang betul minum banyak air sangat bagus untuk kesihatan tetapi jangan terlebih kadar air pula ya. Jika keadaan sebegini berlaku, anda boleh kurangkan sedikit minum air untuk mendapatkan warna air kencing yang sihat.

2. WARNA KUNING PUCAT



Welcome to South County Urological
Inilah warna air kencing yang menjadi penanda aras kesihatan tubuh badan seseorang itu. Minum air dengan cukup dan jangan terlebih kandungan air, kerap pergi ke tandas dan mengamalkan pemakanan yang sihat adalah faktor yang membantu anda untuk mendapatkan air kencing berwarna kuning pucat ini. Ini bermaksud, tubuh badan anda adalah normal dan terhidrat.

3. WARNA KUNING JERNIH / KUNING TERANG



http://www.mirror.co.uk/
Air kencing berwarna kuning yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu pucat ini juga adalah penanda aras bahawa tubuh badan anda adalah di tahap yang normal. Salah satu penyebab kepada air kencing berwarna ini adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Jadi, kurangkan dari terdedah dengan cahaya matahari untuk mendapatkan warna air kencing yang lebih sihat.

4. WARNA KUNING PEKAT SEPERTI MADU



http://www.sbs.com.au/
Air kencing berwarna kuning pekat ini berada di dalam fasa terakhir tahap ‘normal’ badan seseorang itu. Ini menunjukkan bahawa anda tidak mendapatkan kandungan air yang cukup untuk buah pinggang terus berfungsi. Untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan, minum air dengan lebih banyak dan kerap membuang air kecil. Rutin ini dapat membantu buah pinggang untuk terus mencerna toksin di dalam badan kita.

5. WARNA COKLAT



en.rocketnews24.com
Air kencing warna coklat? Tahu atau tidak, jika air kencing anda berwarna ini, anda mungkin mempunyai masalah hati atau ‘severe dehydration’ iaitu dehidrasi terlampau. Untuk mengatasinya pada peringkat awal, pastikan anda minum air dengan secukupnya. Jika keadaan masih berlarutan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk proses yang seterusnya.

6. WARNA KEMERAH-MERAHAN



http://www.painandsores.com/
Jika anda banyak makan ubi merah atau ‘blueberries’, jadi mungkin itu adalah sebabnya. Tetapi jika tidak? Ini bermakna terdapat darah dalam air kencing anda. Mungkin kadang-kadang ada yang terlepas pandang khususnya wanita yang fikir ada kena mengena dengan darah haid, tetapi tidak seperti apa yang anda sangka. Jika ada darah dalam air kencing, ini mungkin penyebab kepada masalah buah pinggang, tumor, jangkitan kuman dalam air kencing mahupun masalah prostat.

7. WARNA OREN



http://www.lifescript.com/
Kadang-kadang ramai yang keliru sama ada air kencing mereka berwarna kuning pekat atau oren kan? Jika air kencing anda berwarna oren, ini boleh juga terjadi di atas faktor pemakanan. Makan terlalu banyak lobak merah juga menjadi penyebab kepada air kencing berwarna sebegini, tetapi dalam masa dua hari air kencing akan kembali normal. Sebab lain ialah, anda mungkin ada masalah dengan hati. Jadi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor supaya masalah ini boleh diselesaikan.

8. WARNA KEBIRUAN ATAU KEHIJAUAN



http://home.bt.com/
Air kencing berwarna biru terjadi di atas faktor pengambilan ubat. Faktor pemakanan juga adalah penyebab kepada air kencing berwarna biru ini. Tengok macam aneh kan? Faktor lain juga adalah mungkin saluran urinari atau air kencing anda telah dijangkiti bakteria dan menyebabkan air kencing menjadi warna biru. Dapatkan nasihat doktor supaya anda sentiasa mendapat rawatan yang sepatutnya.

9. AIR KENCING BERBUIH



http://www.yourstylishlife.com/
Air kencing berbuih ini dikatakan terjadi kerana buah pinggang menyahkan segala toksin dan protein yang berlebihan di dalam buah pinggang. Air kencing berbuih juga terjadi kerana masalah dalam sistem urinari dimana jangkita kuman pada saluran air kencing telah berlaku. Jadi, perkara ini adalah agak serius dan jangan perlu dipandang remeh.Untuk individu yang tidak hamil, tidak mengalami dehidrasi dan tidak mengambil supplemen tetapi masih mempunyai air kencing berbuih, anda perlu dapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk mengelakkan hal yang lebih teruk.
Selamat menjalani hidup yang lebih sihat !
Sumber : siraplimau


Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…


Assalamualaikum…Aku harap admin terima confession aku nie. Dan terima kasih sangat sebab sudi post cerita aku harap admin hide kan nama aku. Ini pengalaman aku sendiri sorry lah kalau cerita aku nie panjang sangat. Nama aku anis (bukan nama sebenar) ini pengalaman pertama aku masa aku mulamula sambung belajar dulu.



Masa tu aku duduk dengan kawankawan. kita orang sewa 1 rumah luar dari asrama. kita orang ada 10 orang. Nak di pendek kan cerita aku duduk masteroom dalam bilik tu aku kak su, kak lia dan kak hani. (semua bukan nama sebenar). Bilik aku paling best sekali sebab dalam bilik tu ada bilik air dan ada cermin tingkap yang besar so harihari aku boleh nampak bangunan klcc dari bilik tu. Katil aku pula jenis double decker aku duduk katil atas betulbetul dekat sebelah cermin besar tu.



Ceritanya satu malam tu aku baru sampai rumah. masa tu kat bilik ada kak su dan kak lia je. Tapi masa aku sampai tu aku tengok kak lia ni tengah siapsiap nak keluar dengan pakwe dia. So tinggallah aku dengan kak su berdua dalam bilik malam tu. Dalam jam 10 lebih kot macam tu aku dah tido sebab rasa ngantok sangat. Tibatiba malam tu aku tersedar sebab rasa kak su kejutkan aku. Aku tak pasti masa tu jam berapa.. aku macam sedar tak sedar tapi aku dengar jelas kak su cakap dengan aku “anis bangun anis..anis punya bantal terjatuh” sambil pegang lengan aku.


Kak su ulang ayat tu dua kali. Masa tu pulak lampu bilik tak on kita orang tido memang selalu off kan lampu, masa tu aku nampak rambut kak su je muka dia pula aku tak berapa nak nampak sebab gelapkan, lepas tu aku nampak kak su ni tinggi semacam je malam tu. Yang aku tau kak su nie orang nya rendah sikit. Aku jawablah “haa…iye..iye..” lepas tu aku sambung tido balik. Esoknya aku bangun tido dalam jam 9 lebih aku nampak bantal peluk aku ada elok je dekat sebelah aku. Mulanya aku tak fikir apaapa yang pelik pun aku siap nak cakap dengan kak su lagi terima kasih sebab tolong angkatkan bantal aku yang jatuh malam tu. Pagi tu aku nampak kak su dah tak ada kat bilik dah sebab dia memang selalu ada kelas pagi pun.


So aku pun siapsiap nak pergi kelas pagi tu, tengah siapsiap tu tibatiba aku terfikir kenapa kak su kejutkan aku malam tu. Sebab jarak katil aku dengan katil kak su jauh kot. Katil kak su pun double decker jugak betulbetul dekat dengan dinding kak su tido katil bawah so ada ruang tengahtengah antara katil aku dengan katil kak su. Ruang tu boleh di katakan luas jugak lah sebab kite orang boleh lepaklepak sambil tengok movie ramairamai kat ruang tu. Haaa… sudah masa tu aku terus fikir mungkin bukan kak su kot yang kejutkan aku malam tu mungkin kak hani. Sebab kak hani duduk bawah katil aku je, so kalau bantal aku jatuh pun first akan kena dekat kak hani tak pun bantal tu jatuh terus kat lantai je. Macammacam dah aku fikir siap fikir kalau bantal aku jatuh pun bantal tu bukan nya berat sangat sampi boleh kejutkan orang.


And yang kejutkan aku malam tu orang tu tinggi kot nak kata kak su mustahil sebab kak su ni rendah je. lagi satu tak logik sangat bantal tu boleh jatuh terpelanting kena dekat kak su kan. And kalau pun kak su nak tolong angkatkan bantal yang jatuh tu tak kan lah dia nak kejutkan aku semata sebab nak bagi tau bantal jatuh gigih lah pulak… 


Mulanya aku tak nak cerita kat roommate aku, aku takut kot kot la yang kejutkan aku malam tu bukan dorang. And risau kalau dorang takut dengar cerita aku. Tapi aku tak puas hati sebab selagi aku tak tahu siapa aku rasa tertanyatanya pas tu teringatingat je siapa yang kejutkan aku malam tu. Sehari selepas kejadian tu barulah aku tanya kak hani sebab dia paling dekat dengan katil aku tido. Aku tanya dia “kak hani ada kejutkan anis tak malam kemarin sebab nak bagi bantal anis yang terjatuh” pas tu kak hani cakap “bila anis? malam tu akak tak balik rumah lah, kenapa ada orang kejutkan anis ke?” haaa… aku angguk je lah tapi tak cerita pun kat dia. Lepas tu kak hani suruh aku tanya kak su je. Masa nie aku cuma fikir kak su je mungkin memang dia lah kot.


Lepas aku tanya kak hani tu. Aku tak tanya kak su lagi pun.. malam tu dalam bilik, tibatiba kak su sendiri yang tanya aku “Anis kenapa ada orang kejutkan anis tido ke kemarin”. Aku cam terdiam sekejap haaa.. ni mesti kak hani yang cerita kat kak su pastu aku senyum je dan cakap “a’ah kak su” dalam hati aku masa tu harap sangat kak su yang kejut kan aku malam tu tibatiba kak su cakap “akak tak ada kejutkan anis ea malam tu”. Alamak… aku dah ase muka aku panas tangan pulak ase seram sejuk kot. Aku tanya kak su “habis tu siapa kejutkan anis malam tu?” masa tu ada kak lia dengan kak hani sekali dalam bilik, dorang masingmasing cakap tak bukan dorang yang kejutkan aku..and dorang berdua pun tak balik rumah malam tu.. masa ni aku dah start nak nagis kalau bukan dorang siapa lagi dalam bilik malam tu cuma ada aku dengan kak su je..ngeee…


Aku cerita kat dorang dari a sampai z yang kejutkan aku tu perempuan, suara dia memang sama dengan suara kak su cuma badan dia tinggi dari kak su.. aku tak nampak pun muka dia cuma nampak rambut je..siap pegangpegang lengan aku lagi kot.. lepas aku cerita tu baru lah akak bilik aku cerita sebenarnya dorang pun ada kena kacau jugak cuma tak nak cerita dekat aku sebab aku paling muda dalam rumah tu so dorang tak nak lah aku jadi takut nanti.


Aku nie nak kata berani tak adalah cuma perasaan nak tahu bendabenda tu je.. nak kata penakut tu pun ada kalau tak… tak adalah aku nagis tiap kali kena kacau dengan benda tu.. hehee… penah sekali tu aku nampak terangterang muka benda tu… aku nampak dekat cermin.. cermin nie betulbetul tergantung dekat sebelah pintu.. cermin tu tak adalah besar mana pun.. cuma sebesar muka kita je.ya Allah masa tu aku rasa macam beku macam tak jejak lantai pun ada.. nak nagis pun ada..


Tapi muka benda yang aku nampak tu tak adalah seram mana pun cuma bayangkan lah aku masuk bilik tu sorangsorang sebab nak ambil air, bilik ni bilik kawan aku nama dia sya, masa tu kawan aku duduk luar and tak ada orang pun dalam bilik tu. Tibatiba aku nampak muka perempuan tua kat dalam cermin yang tergantung tu. Mana aku tak terkejut dengan muka dia yang garang.. muka putih pucat rambut gerbang dah beruban.. ya Allah masa nie aku terus keluar bilik tak toleh belakang pun sebab takut sangat..lepas aku nampak benda tu aku dah kurang nak bercakap dengam kawan aku yang aku masuk bilik dia ambil air tu. 


Sebab kawan aku sya nie ada benda nak dengan dia ada jiran dia wariskan benda tu dengan dia dari dia kecil lagi…Dia pernah cerita dekat aku dekat kawankawan yang lain jugak, ada benda nak dengan dia tapi dia tak ambil pun benda tu.. Waallahulam.. so benda yang aku nampak dalam bilik dia tu aku tak tahu benda tu penjaga dia atau bukan.. aku tak pernah cerita benda nie dengan sya.. aku rasa takut sangat.. aku nagis aku tak tau nak cerita kat kau macam mana… sya kalau kau baca confession nie aku nak mintak maaf sangatsangat. kau pernah tanya aku kenapa kita dah tak rapat macam dulu sebab nie lah.. Maafkan aku sya.. aku berdoa semoga Allah sentiasa melindungi kita dan keluarga kita masingmasing…


Ada satu lagi pengalaman aku nak share… satu hari tu aku bangun nak solat subuh elok je aku tengah turun katil…aku nampak housemate aku dari bilik sebelah masuk bilik air yang dalam bilik aku ni. Aku nampak dia masuk tergesagesa lepas tu tak on kan pun lampu bilik air tu.. Biasa lah masa tu lampu dalam bilik aku pun xnyala.. so aku tunggu je lah kawan tu keluar dari bilik air tu.. Tunggu punya tunggu kawan tu tak keluarkeluar… dah lah tak nyala lampu xada bunyi air langsung pun.. masa tu aku geram jugak lah dah kenapa lamalama kat bilik air tu.. dah lah masa tu aku nak terkucil. tah macam mana aku berani lepas tu dengan rasa geram aku p depan bilik air tu.. aku tengok pintu bilik air tu tak tutup rapat and dalam pun gelap sebab tak nyala lampu.. aku tanya lah “akak lama lagi ke” senyap akak tu tak jawab langsung pun. Dalam hati aku masa tu ada orang ke tak dalam bilik air nie.. sebab kenapa senyap sangat kalau ada pun napa lah lama sangat dalam tu. So aku tergerak hati nak tolak pintu bilik air tu.. elok je pintu tu terbuka aku nampak xada siapasiapa pun kat dalam bilik air tu.sunyi sepi kot…


ya Allah masa tu takut punya pasal aku lari lajulaju pijak katil kak hani terus panjat naik atas katil aku.. aku tak guna pun tangga kecil kat ujung tu… hahahaha… aku tak tau lah korang boleh bayangkan ke tak.. kalau penah tidur katil double decker tau la kot.. ngeee… esok nya aku terus demam dua hari…


Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang aku share tapi cukup sampai sini je. Aku cuma anggap bila aku ternampak atau kena ganggu dengan bendabenda tu sebenarnya rezeki aku.. sebab tak semua orang berpeluang nampak atau jumpa dengan bendabenda macam nie. Semua nya atas dengan izinNya.. Dari Anis Bukan Nama Sebenar.


Thursday 25 May 2017

"Sudah 3 Kali Dia Cuba Calit Minyak Dagu Pada Isteri Saya.."



Rawang - Se0rang lelaki warganegara Bangladesh ditumbuk kerana didakwa cuba menggunakan minyak calit pengasih untuk memikat isteri se0rang kakitangan penyelenggara, lap0r Harian Metr0.

Dalam kejadian Rabu lalu, pekerja warga asing berumur 40'an itu didakwa menyentuh tangan se0rang wanita tempatan yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Beruntung.

Menurut Shahrul, 28, suami kepada mangsa berkata, isterinya yang baru bekerja di kilang itu sebagai penyelia sejak sebulan yang lalu sebelum ini pernah mengadu lelaki terbabit bertindak menyapu minyak pelik di tangannya beberapa minggu lalu.

Namun Shahrul tidak mengendahkan keluhan isterinya itu kerana beranggapan sentuhan itu mungkin tidak disengajakan ketika kali pertama berlaku.

Berdasarkan perk0ngsian yang tersebar di media s0sial, dia telah bersabar meskipun lelaki itu mengulangi perbuatannya beberapa kali sehingga dia terpaksa membawa isterinya pergi berubat.

"Bangla sekarang dah semakin gila dan berani, pandai dah menyentuh isteri 0rang, calit minyak dagu di isteri 0rang. Mujur saya sedar awal sebelum terjadi apa-apa yang lebih teruk.

Kali pertama dan kedua saya masih bersabar, namun kali ketiga calit, saya memang hilang kesabaran,” katanya.

"Kejadian ini berlaku di tempat kerja, CCTV semua pun ada. Bila kita berdiam, dpijak-pijak muka kita. Harus diberi pengajaran sikit pada lelaki ini. Patutlah sekarang ramai sangat kes perempuan Melayu banyak ikut mereka. Rupa-rupanya inilah rahsia mereka.

"Bukan berniat nak berlaku kejam atau menganiaya sesiapa, tetapi hanya sekadar pengajaran untuk kita saling ingat mengingati agar lebih berhati-hati,” jelasnya lagi.

Menurut Shahrul, dia dan pihak kilang berkenaan telah membuat lap0ran p0lis. Shahrul bersedia dihukum dan tidak kisah masuk ke penjara andai kata dia didakwa mereka-reka cerita.

Dengan segala bukti yang ada telah diserahkan kepada p0lis, Shahrul memberikan ruang kepada pihak p0lis untuk menjalankan siasatan.

"Mula-mula saya pun tak percaya. Tetapi bila sudah terkena pada isteri saya sendiri, saya tak b0leh berdiam diri. Saya bertindak kerana mahu mempertahankan hak saya dan tanggungjawab saya sebagai se0rang suami,” katanya. 


Astaugfirullah!!!! Lelaki Ini Tipu Jiran Nak Pinjam Cangkul Untuk Tanam Uri, Rupanya Untuk…




Boleh pinjam cangkul ? Nak tanam uri.


KLANG – Itulah alasan yang diberikan oleh suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, semalam, lapor Harian Metro.


Menurut jiran mangsa yang hanya ingin dikenali sebagi Haris, 30, berkata, suspek pada mulanya mahu meminjam cangkul, alasan mahu menanam uri bayi di belakang rumahnya.


“Dia dalam keadaan cemas dan mahu meminjam cangkul untuk menanam uri bayi di belakang rumahnya membuatkan saya berasa curiga lalu mendesaknya menceritakan tujuannya sebenar.


“Setelah didesak, akhirnya dia mengaku mahu menanam mayat seorang budak yang telah dilanggar sehingga mati dalam kemalangan di Pandamaran,” katanya yang terus menghubungi polis dan memaklumkan kejadian itu.


Dedah seorang lagi jiran bernama Siti, 35, berkata, mangsa kerap menangis di rumah itu tetapi tidak menganggap sebarang perkara buruk yang berlaku.


“Budak itu jarang keluar rumah dan hanya bermain di sekitar kawasan rumah sahaja. Saya tidak mengenali rapat keluarga budak itu kerana penghuni rumah itu kurang bergaul dengan jiran berdekatan. Saya pun tidak tahu kejadian yang berlaku sehingga kehadiran sepasukan polis ke rumah itu malam semalam,” katanya.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abd Razak berkata, suspek yang ditahan, tidak mempunyai pekerjaan tetap.


Beliau juga turut meminta orang ramai tidak menyebarkan berita palsu kononnya mangsa dihantar ke rumah pengasuh sebelum kejadian itu berlaku.


Jenazah kanak-kanak lelaki itu dikebumikan di Mentakab, Pahang pada malam ini atas permintaan ibunya.





Wednesday 24 May 2017

ABAIKAN GADIS DALAM GAMBAR TAPI CUBA TENGOK APA YANG X KENA DENGAN GAMBAR NIH

ABAIKAN GADIS DALAM GAMBAR TAPI CUBA TENGOK APA YANG X KENA DENGAN GAMBAR NIH