loading...

Wednesday 21 June 2017

[VIDEO] ULASAN PAKAR JENAYAH KENAPA ZUHAIRI TIDAK ADA SIMPATI LANGSUNG KEPADA ZULFARHAN!!!

[VIDEO] ULASAN PAKAR JENAYAH KENAPA ZUHAIRI TIDAK ADA SIMPATI LANGSUNG KEPADA ZULFARHAN!!!








Sumber: Youtube
Dengarkan ulasan Pakar Analysis Jenayah ttg issue penderaan pelajar UPNM saudara Zulfarhan. Suspek utama Akmal Zuhairi Azmal mendera mangsa menggunakan seterika wap sehingga 80% badannya mengalami 3rd degree burn dan menderita lebih dr seminggu sebelum mati.



Tuesday 20 June 2017

KANTOI!! Rupanya Segala Perbuatan KEJI Tuan Rumah TERBONGKAR !!


Saya & suami baru mendirikan rumahtangga pada mei 2013.Selepas berkahwin kami bercadang untuk menyewa rumah.Niat dihati supaya mahu berdikari dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa yang selama membesarkan kami.Tanpa berfikir panjang,suami terus mendapatkan bantuan rakan sekerja untuk mencari rumah sewa.Akhirnya kami telah pun mendapat sebuah pangsa 4tingkat(2bilik) yang terletak di Tg.Tokong,Pulau Pinang.
Apabila telah menghubungi “tuan rumah” berkenaan,kami terus membuat bayaran pendahuluan.Tuan rumah tersebut tinggal di Kuala Lumpur dan dia menggunakan rakan itu bagi urusan sewa rumah kami.Semasa dalam perbualan itu tuan rumah ada memaklumkan bahawa sebelum kami tinggal di sini,sepasang suami isteri bekerja sebagai jururawat manakala sisuami berkhidmat sebgai tentera telah menyewa rumah ini dalam masa singkat(3bulan). Dia juga ada memberitahu rumah itu sudah mempunyai beberapa barangan keperluan seperti set meja makan,sofa kecil,mesin pencuci pakain dan rangka katil. Sungguhpun begitu,kami bersetuju dan mendapatkan kunci rumah daripada rakan suami.
KISAHNYA bermula pada hari pertama kami melawat dan memasuki rumah itu.Alangkah terkejutnya apabila kami memasuki ruang rumah berkenaan,rumah tersebut amatlah kotor,hapak,dan kelihatan bersawang seperti telah lama ditinggalkan. Kata tuan rumah pasangan tersebut baru seminggu sahaja berpindah.Sungguh aneh dan pelik. Tanpa berfikiran negatif,saya dan suami memulakan rutin mengemas rumah,dimulakan dengan bahagian dapur dan seterusnya ruang tamu.Selesai sahaja di ruang tamu,saya memasuki ruang bilik utama dimana mempunyai rangka katil dan almari pakaian.Saya mula menyapu dan bersawang di bawah katil tersebut.
Tibatiba sedang saya menyapu dibawah katil secara tidak sengaja saya terasa seperti tertarik sesuatu dan alanhkah terkejutnya saya menjumpai sebuah kotak kayu bersaiz sederhana kecil.Tanpa pengetahuan suami,saya telah membuka kotak kayu itu dan mendapati terdapat 5 naskhkah buku Surah Yasin dan seikat(bunjut) kecil kain kuning bersama buku Yasin. Secara tidak sengaja,saya telah mengubah kotak kayu berkenaan dengan niat kitab suci perlu disimpan rapi.Saya telah meletaknya diatas almari dimana tempat asal dibawah rangka katil tadi.
Kejadian pertama mula menguasai kami di malam pertama kami tinggal di rumah itu.Tika jam menunjukkan 10malam,kami berdua melelapkan mata di ruang tamu sahaja memandangkan kami belum lagi mempunyai barangan perabot yang lengkap.Sedang kami nyenyak tidur,kedengaran bunyi kaca jatuh berderai.Lantas suami bangun dan membuka lampu. Alangkah terkejutnya saya dan suami kaca yang jatuh itu merupakan cermin kecil yang terlekat di dinding dapur,dan yang anehnya cermin kaca tu hanya terbelah dua di tengah,dan bukan berkecai seperti sangkaan kami.
Persoalannya disini cermin itu telah pon dilekat sebaik mungkin,bagaimana boleh jatuh,jatuh dalam keadaan terbelah dua??adakah itu satu amaran untuk kami.? Kejadian kedua berlaku selepas 2 minggu kejadian cermin pecah dimana usai solat Isyak,kami melelapkan mata sehingga satu masa. Jam di dinding menunjukkan pukul 2pagi.Sedang saya tidur membelakangi suami,saya mengiring ke arah meja makan.Tibatiba saya terpandang suami sedang duduk di kerusi tersebut sambil memandang tepat ke arah saya.(tanpa lampu dibuka).
“ABANG buat apa tak lena lagi,?minum aiq ka?” tanya saya yang sedang lali sambil mata masih berat untuk dibuka.SELEPAS tanya, ‘suami’ saya hanya mendiamkan diri lalu saya pusing seiring kearah tempat tidur suami dan alangkah terkejut saya yang suami sedang nyenyak tidur diulik mimpi.!Dengan 1001 soalan di dalam kepala saya terus menangis sambil menekup bantal dimuka.
“Kenapa menangis tengah malam ni?” sapa suami tibatiba terkejut dengan keadaan saya.Saya hanya mendiamkan diri sehingga subuh menjelang. Siapakah yang merenung saya tengah malam itu? Kejadian terakhir sepanjang kami tinggal disitu,apabila suatu pagi,kami sedang sarapan jam 8pagi.Tibatiba kami didatangi makcik(lingkungan 60an) dari jiran tingkat bawah(tingkat 1), yang sedang badmood dan meluru datang ke rumah kami. “Ni hampa ni tak dak kerja ka malammalam dok tolak kabinet,bising2 kat rumah ni??kami dok bawah hampa ni ganggu tau dak?” Marah makcik tu kepada kami suami isteri.
“Bila kami tolak kabinet makcik,kami pon baru balik keja pagi ni”,balas suami. Kami pun hairan juga ,dimana datangnya bunyi kabinet2 itu. SELEPAS kejadian itu,saya menjadi pendiam dan jarang bergaul walaupun dengan ibu bapa,kemungkinan dari kejadian pelik yang sering berlaku. “Mak rasa ampa ni ada benda tak kena,ampa ni tengah duk kat dalam rumah yang ‘panas’!”cakap ibu saya. Kami masih tak faham.Selam sebulan kami menyewa disana,ibubapa saya tidak pernah datang ke rumah sewa saya.Ibu saya mengesyaki saya dan suami sesuatu.
Ibu saya bercadang supaya menyuruh saya dan suami untuk berhenti menyewa dan keluar dari rumah berkenaan.Saya dan suami sekalipun tidak pernah bercerita masalah kami cuma mungkin naluri ibu itu kuat menyatakan hal ini semua terjadi disebabkan rumah yang kami sewa. Setelah selesai pindah keluar,ibu mula menyoal kami segalanya dan kami menceritakan satu persatu hal yang terjadi.Ibu memberitahu kami bahawa rumah yang kami diami tersebut sebenarnya di ‘jaga’ oleh ‘penjaga’ Tuan Rumah,berkemungkinan hantu raya.
Oleh yang demikian,”penjaga”itu berani menyerupai suami saya.Selepas menyerupai suami,’penjaga’ itu membuat selerak didalam rumah sebelum orang lain menyewa,sebab itu semasa pertama kali kami memasuki rumah itu,kami berasa seperti ramai yang menghuni rumah itu .
Tambahan pula semasa hendak mengemas rumah,saya telah mengubah kedudukan kotak kayu tersebut,kemungkinan kotak kayu itu telah dipagar sebelumnya.Apabila “tempat asal” penjaga tersebut diubah,maka amaranamaran yang tidak diingini berlaku.Amaran pertama “penjaga”itu sudah memecahkan cermin,kedua menyerupai suami,dan yang ketiga,membuat gangguan jiran seperti buat bising walhal kami keluar bekerja.
Nasihat ibu saya,jangan pernah sesekali mengubah kedudukan benda pelik dan aneh seperti kejadian kotak kayu dan jangan diami rumah yang telah siap barang perabot.


Lelaki Ini Muat Turun Naik Beberapa Status Di Facebook Sebelum Menggantung Diri. Memang Tak Disangka Apa Yang Ditulisnya .

Lelaki Ini Muat Turun Naik Beberapa Status Di Facebook Sebelum Menggantung Diri. Memang Tak Disangka Apa Yang Ditulisnya .













Monday 19 June 2017

I Know Who You Are – Aeril Zafril Jumpa ‘Sesuatu’ Di Booth, Ada Yang Cuba Sihir ???



Pelakon Aeril Zafrel menjumpai sebuah ‘benda pelik’ yang diletakkan di booth perniagaannya yang sedang berlangsung di Mood Republic, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
 Menerusi kemas kini laman Instagram Aeril, @aeril_zafrel, pelakon itu mendedahkan rupa bentuk ‘benda pelik’ itu berserta dengan kapsyen berbunyi: “Jumpa benda alah ni kat booth masa meniaga malam tadi kat PWTC. Apalah niat sebenarnya???
 Astaghfirullah.. Bulan Ramadan pun nak buat mcm ni.. Bukan booth kat KL je booth kami kat Johor pun sama, staf jumpa benda yang sama.. “Zaman sekarang ada lagi orang percaya benda-benda ni. Dah bawak pergi jumpa pakar dalam bidang ni.. Ternyata benda ni sihir!! Cukup-cukuplah.. Percaya pada rezeki masing-masing #iknowwhouare,” tulis Aeril.
Aeril bersama isterinya, aktres Wawa Zainal sedang rancak meniaga di booth Lima Waktu dan Wawa Zainal RTW di Mood Rebuplik, PWTC. Teks oleh: Kamaruddin Razal.


Sumber : Instagram Aeril Zafrel
sumber : http://gempak.org/



Gadis Ini Bongkar Milik Siapa Laptop yang Dikatakan Dicuri oleh Arwah. Patut la, nak Tunjuk Hero . Rupanya2 Milik …


Terbaru di tweeter uodate tentang kes buli di UPNM , bongkar punya bongkar ! akhirnya ada yang buka mulut dan pecah lubang dalang disebalik perkara yang berlaku .
Sebenarnya laptop yang hilang tu bukan kepunyaan Hairi tapi milik seorang siswa di UPNM yang dipercayai adalah kekasih Hairi . Hilang kawan , sekarang mungkin makwe sudah laa bro !!
Tweet dimuatnaik oleh @Wani menyatakan bahawa laptop itu kepunyaan seorang perempuan .

Jadi kes ini berbaur im the hero have to save princess la . Sampai kawan baik kau sendiri dibunuh hanya kerana perempuan .
Ikuti siri tweet :
MENGIKUT TWEET WANI , LAPTOP ITU ADALAH KEPUNYAAN SEORANG PEREMPUAN . SEKARANG TENGAH TRAUMA JUGA SEBAB RASA BERSALAH DENGAN ARWAH !





Mungkin makwe si hairi , jadi that girl ngadu pada Hairi . 


Selain tweet yang mengesahkan laptop itu adalah kepunyaan seorang perempuan , ada siri tweet lain dari seorang senior yang mengatakan bahawa

HAIRI MASA ZAMAN SEKOLAH DULU PUN SUKA BULI DAN SAMSENG . JADI NO WONDERLA DIE BERANI UNTUK BUAT TINDAKAN YANG DILUAR KEWARASAN .



Tapi peliknya , bagaimana rekod kelakuan semasa di sekolah ? tiada catatan disiplinkah di dalam rekod peribadinya ? semuanya menjadi tanda tanya . Apapun kes ini masih dibicarakan dan mengikut update terbaru , 5 rakan yang terlibat jika disabit salah akan dikenakan hukuman gantung sampai mati .
#justice4farhan

#upnm
#kakishare
Sumber : http://www.kakishare.my/2017/06/bukan-arwah-zulfarhan-yang-curi-laptop.html


ASTAGHFIRULLAH!!! Polis Sangka Ibu BApa TIDUR.. Rupa-Rupanya Memang MENGEJUTKAN Setelah MENDAPATI...

ASTAGHFIRULLAH!!! Polis Sangka Ibu BApa TIDUR.. Rupa-Rupanya Memang MENGEJUTKAN Setelah MENDAPATI...






Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat, nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah dan anak-anak je yang semua tiga orang, seorang tiga tahun, seorang 2 tahun dan seorang enam bulan. Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya ni dia tidak layan ke apa ke, bila esok saya pergi kerja saya tak makan sarapan dia buat akan ‘touching’ bagai, “adoii, apa la kena dengan dia ni, tak faham ke apa?”

NAUZUBILLAH MIN ZALIK!!! Suami Mengadu MUNTAH Isteri Bau BAWANG. Apa Yang Jadi Seterusnya Buat Suami MENYESAL !!! BERFIKIRLAH SEBELUM MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN… TRAGIS GILER…


Hari ini tersebar di laman sosial Facebook yang dimuatnaik oleh page Kisah Rumah Tangga di mana mengisahkan seorang suami yang menceritakan kisah isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja dirumah dan isterinya tidak pandai mengurus diri sehingga dia rasa geli.
Berikut adalah tulisan suami berkenaan.
Assalamualaikum, nak tanya, Isteri saya asyik kata penat dan macam-macam alasan sedangkan dia hanya suri rumah dan saya yang bekerja. Saya letih-letih bawa moto, mengantuk dan hampir-hampir kemalangan tapi dia pula, bila saya balik dia yang cakap penat, saya tengok Facebook banyak je dia pos itu ini, gambar makanan la dan macam-macam.
Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat, nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah dan anak-anak je yang semua tiga orang, seorang tiga tahun, seorang 2 tahun dan seorang enam bulan.
Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya ni dia tidak layan ke apa ke, bila esok saya pergi kerja saya tak makan sarapan dia buat akan ‘touching’ bagai, “adoii, apa la kena dengan dia ni, tak faham ke apa?”
Kadang-kadang saya rasa malas nak balik rumah bila tengok rumah bersepah, tengok dia pun bau bawang, anak-anak bau wangi, dia pula tak reti nak urus diri sendiri, “Urus anak pandai pulak kan? urus diri sendiri tak boleh?”
Saya sudah tak tahu nak kata apa, dia punya cemburu bukan main kuat, saya malas nak layan kadang-kadang tu, tolong la saya, dah tak tahu nak buat apa, umur muda lagi, baru 26 dan macam apa saya tengok. diri tidak terurus.. meluat.. geli pun ada.
Kerana luahan suami berkenaan, nampaknya telah membuatkan netizen naik marah kerana menyifatkan suami berkenaan sebagai tidak bertanggunjawab kerana hanya memikirkan dirinya.
Tampil seorang netizen bernama Syaifuddin Syaary, beliau telah menulis satu perkongsian yang cukup berguna berdasarkan pengalamannya yang juga merupakan seorang suami yang mempunyai tiga orang anak.
Berikut adalah tulisan beliau yang dilihat pasti ‘menusuk kalbu’ hati suami berkenaan.
Salam tuan tanah..saya sendiri lelaki dan mempunyai ank 3 dan nak masuk 4.. saya harap tuan duduk di tempat isteri tuan selama 3 hari je.
Biar isteri tuan berehat bersama kawan-kawan atau tuan bagi duit untuk dia ke spa untuk buat rawatan badan dan dirinya..3 hari je tuan..tuan cuba bangun pagi membasuh memasak sarapan uruskn anak-anak, mengemas..Pergi pasar bawak 3 orang anak yang kecil2 tu,beli barang-barang segar masak special untuk isteri tuan masuk tengahari masak tangahari urus aanak lagi berak kencing menangis makan mandi.
Hampir petang tuan angkat baju yang dah kering,kemas rumah lagi yang di sepahkan oleh 3 anak tuan..uruskan anak lagi yang tak habis nak mkn nak main nak ditukar lampin dan hampir malam tuan masak untuk dinner.
Akhir sekali malam tuan mesti dah penat sebab uruskan semunya tuan pun nak tidur, tapi tak baloh jugak anak menangis nak susu anak menangis nak tukar lampin..
Ok lepas 3 hari tuan komen balik kat sni ape terjadi..pada anak-anak pada makanan pada keadaan rumah.dan sebagainya. Tuan yang paling penting saya nak bagitahu kat sni..tangungjawab tuan adalah melindungi isteri beri keselesaan pada isteri dan ank-anak.
Bukan buat isteri macam orang suruhan tuan.a pe yang isteri tuan lakukan ini semua adalah isteri tuan telah menringankan beban dan tangungjawab tuan dan kalau tuan mampu..tuan boleh upah orang gaji untuk uruskan membantu isteri tuan meringankn kerja rumah.
Lebihkan pembelanjaan untuk isteri tuan berhias, kalau kata tuan tidak mampu..tuan selesaikan tangungjawab tuan semuanya jaga anak bekerja urus rumah tangga, so bila malam sebelum tido insyaAllah isteri tuan akan layan tuan seperti putera raja.
Ini pula yang ditulis oleh Puan Ummul Madihah bagi membalas luahan suami berkenaan.
Jaga anak umur macam tu mencabar encik. Jangan ingat isteri suri rumah duduk senang lenang. Saya dulu bekerja, sekarang suri rumah. Tapi penat jadi suri rumah lebih lagi berbanding penat kerja. Kemas rumah tak sampai 10 minit bersepah semula. Kemas 5-6 kali sepahnya 10 kali. Nak masak anak menangis minta dukung. Masak la sambil dukung. Letak depan tv, anak yang besar lanyak adik..dah menangis si adik. Nak berak kencing pun susah. Anak menangis nak ikut. Kadang tu kena angkut sekali masuk toilet. Nak mandi kadang2 tunggu suami balik dulu baru boleh mandi dgn tenang. Kalau gak, baru nk gosok gigi anak dah melalak mcm ape kat luar bilik air. Memang la boleh main hp sebab anak ni bijak, time kita duduj diam dia pun diam. Elok main sebelah. Tapi bila gerak sikit, dia mula perangai. Tp kat kepala isteri tu macam2 kerja nak kena buat.
Lagi 1, dia merungut tu bukan ape, sebab dia nak bercerita. Dia kat rumah dgn anak2 tak de kawan nak dengar cerita dia. Ape salahnya dengat cerita dia..luahan hati dia. Kalau suruh dia pendam.. Lama2 boleh stress tau tak. Lagi 1, nak tanya la…malam2 anak nk menyusu siapa yg bangun? Suami ke isteri? Anak kecik ni kadang2 2 jam sekali dh bangun menyusu. Kalau 3 orang kadang2 bergilir bangun. Agak2 bila masa isteri nak cover tido? Waktu siang? Ingat boleh cover ke dgn anak kecik lagi. Sorg tido sorang lagi jaga…kot dia tertido anak bertiga tu gaduh ke tak ke naya.
Fikir la encik…jangan pentingkan diri sendiri. Lain kali nak isteri layan elok, family planning la. Bagi isteri rehat sikit. Ni tau buat anak..tolong jaga anak tak tau. Isteri penat mengandung 9 bulan.. Jaga anak lagi. Budak ni, selagi tak umir 2 tahun, selagi tu la banyak ragam. Kuat bangun malam nak menyusu. Kalau anak rapat mcm tu…saya rasa sangat simpati. Maknanya dah bertahun la isteri encik ni tak cukup tido. Penat encik…penat

Apapun, hargailah isteri kita, terima kekurangan dan kelebihan, jika kekurangan itu boleh dibuah, didiklah dia kerana kita ketua keluaga yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah. KREDIT KISAH RUMAH TANGGA.


Sunday 18 June 2017

Your Face Sounds Familiar Kids, merupakan sebuah realiti show dimana kanak-kanak membuat persembahan di pentas sebagai penghibur kegemaran mereka. Aksi lincah Xia Vigor, 7, ini berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengannya.

VIDEO : AKSI LINCAH SI CILIK ALA-ALA TAYLOR SWIFT INI BUAT RAMAI JATUH HATI



Your Face Sounds Familiar Kids, merupakan sebuah realiti show dimana kanak-kanak membuat persembahan di pentas sebagai penghibur kegemaran mereka.
Aksi lincah Xia Vigor, 7,  ini berjaya membuatkan ramai yang jatuh hati dengannya.




Netizen juga berjaya menemui akaun lama sosial Zuhairin. Menurut laporan media, penderaan terhadap arwah Zulfarhan dilakukan pada 22 Mei lalu dan Zuhairi telah memuat naik status ini pada 30 Mei seperti ucapan supaya cepat sembuh. Tweet yang dimuat naik oleh Zuhairi adalah beberapa hari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

Suspek Utama Kes Bunuh Zulfarhan Muat Naik Status Pelik Dalam Sosial Media Beberapa Hari Sebelum Arwah Meninggal



Rakyat Malaysia baru-baru ini digemparkan dengan kes dera dan bunuh Arwah Zulfarhan yang menjadi bualan netizen. Rata-rata mahukan hukuman yang setimpal dijatuhkan kepada mereka yang terlibat dalam kes tersebut.


Walaupun kes ini masih dalam perbicaraan, netizen sempat melakukan siasatan sendiri dan hasilnya juga amat mengejutkan. Menurut sumber, suspek utama bunuh iaitu Zuhairi merupakan kawan baik kepada arwah Zulfarhan. Mereka berdua saling melakukan aktiviti yang disediakan universiti bersama.


Netizen juga berjaya menemui akaun lama sosial Zuhairin. Menurut laporan media, penderaan terhadap arwah Zulfarhan dilakukan pada 22 Mei lalu dan Zuhairi telah memuat naik status ini pada 30 Mei seperti ucapan supaya cepat sembuh. Tweet yang dimuat naik oleh Zuhairi adalah beberapa hari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya.





Ramai netizen percaya bahawa tweet tersebut ditujukan kepada Zulfarhan. Suspek utama juga dipercayai telah mencari video bagaimana untuk merawat luka melecur pada kulit. Ini menambahkan spekulasi bahawa Zuhairi cuba merawat lecur yang ada pada arwah. Pada ketika ini, arwah disembunyikan dengan menempatkannya di sebuah apartmen.


Zuhairi juga sempat memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya dengan kapysen berbunyi ‘Past is Past’. Gambarnya itu dipercayai bersama rakan-rakannya. Gambar tersebut telah menjadi perhatian netizen dan ramai netizen membuahkan pendapat mereka mengenai kejadian tersebut.


Melalui bedah siasat, setiap ruang tubuh Zulfarhan mempunyai kesan melecur dari seterika. Badan mangsa dipegang dan mulutnya ditekup untuk mengelakkan dia menjerit. Namun begitu, kes ini masih dalam perbicaraan dan kita mengharapkan bahawa keadilan dapat ditegakkan dan mereka yang bersalah hendaklah dikenakan hukuman yang setimpal.

#Justice4Farhan
sumber : http://gempak.org/



SETIAP kesalahan yang manusia telah buat sama ada kecil atau besar ia haruslah dihukum. Antara hukuman terberat dijatuhkan pada pesalah adalah “GANTUNG SAMPAI MATI” membuatkan orang takut akan hukuman ini.

KISAH SERAM TUKANG GANTUNG DARI JABATAN PENJARA


SETIAP kesalahan yang manusia telah buat sama ada kecil atau besar ia haruslah dihukum. Antara hukuman terberat dijatuhkan pada pesalah adalah “GANTUNG SAMPAI MATI” membuatkan orang takut akan hukuman ini.


Kisah Seram Tukang Gantung Dari Jabatan Penjara
Read more
Sumber: bulletinmedia


Saturday 17 June 2017

Aku dikenali sebagai Boy. Aku hidup dalam keluarga yang boleh dikatakan senang. Aku membesar dengan cara barat & tidak diberikan pendedahan agama oleh ibubapa aku kerana mereka kedua-duanya bisnesman yang sangat sibuk dengan perniagaan masing-masing.

Setiap Minggu Aku & Rakan Akan Ke Danok, Thailand Utk ENJOY. Apa yang jadi lepas tu SGT MENGEJUTKAN !!!| Aku dikenali sebagai Boy. Aku hidup dalam keluarga yang boleh dikatakan senang. Aku membesar dengan cara barat & tidak diberikan pendedahan agama oleh ibubapa aku kerana mereka kedua-duanya bisnesman yang sangat sibuk dengan perniagaan masing-masing.




Pada awalnya aku merasa sedih kerana banyak masa aku hanya bersama Mek (bibik). Tapi lama kelamaan aku menjadi biasa & mula menjadi seronok kerana aku boleh buat apa sahaja yang aku suka tanpa ada pengawasan ibubapa. Seawal usia 17 tahun, aku mula menjadi liar. Aku mempunyai ramai kawan yang berlatar belakangkan gengster, kongsi gelap, bapak ayam, pengedar dadah.
Namun aku masih tidak terjebak dengan dadah kerana aku tak mahu rosakkan diri aku. Walaupun begitu aku tewas dengan godaan wanita. Aku sememangnya kaki perempuan sejak dari sekolah menengah lagi. Pada usia aku 17 tahun, aku telah mula berjinak-jinak untuk masuk ke Pekan Danok Thailand untuk berhibur. Pada awalnya aku hanya suka-suka ikut member.
Namun lama kelamaan aku telah menjadi ketagih untuk terus berseronok disana. Boleh katakan setiap minggu aku akan pergi menghabiskan 3 hari 2 malam disana untuk melanggan GRO & berhibur. Sudah berapa banyak pel@acur sudah aku langgan pun aku tak ingat. Memang indah dunia ku. Duit aku habis begitu sahaja aku laburkan hanya untuk keseronokan.
Titik permulaan turning point dalam hidup aku ialah apabila seorang dari kawan aku telah dijangkiti penyakit kelamin siflis. Penyakitnya menjadi semakin parah & akhirnya dia meninggal. Dia merupakan kawan baik aku yang sememangnya satu kepala dengan aku. Arwah baik orangnya cuma nakal macam aku. Aku tersentak dengan kematiannya & mula meragui tahap kesihatanku sendiri. Memang sejak akhir-akhir ni aku kerap demam & lambat baik. Akhirnya aku memberanikan diri untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Rasa bagai gelap dunia ni apabila benda paling aku takut telah terjadi Doktor mengesahkan aku telah mendapat HIV positif ! Aku benar2 hilang arah tujuan. Kini tahap kesihatanku semakin teruk & kerap kali keluar masuk hospital. Aku karang cerita ni untuk korang jadikan contoh supaya tak jadi macam aku. Sejak itu aku dah berhenti pergi berhibur & hari2 tidak henti aku meminta taubat dari Allah SWT. Betapa ruginya masa muda aku hanya dipenuhi oleh dosa-dosa. Semoga kisah aku ni boleh dijadikan iktibar. Aku mintak doakan keajaiban berlaku supaya aku diberikan semula kesihatan oleh Allah SWT. Assalamualaikum.
Sumber: Karya MMSS
The post Setiap Minggu Aku & Rakan Akan Ke Danok, Thailand Utk ENJOY. Apa yang jadi lepas tu SGT MENGEJUTKAN !!! appeared first on SIAKAP KELL.
Sumber: 1citemalaya


Nama aku Aqilah. Aku pelajar IPTA. Aku nak cerita tentang perangai pelik 3 org rakan aku ni. Aku perasan lepas solat asar je mereka terus bergegas masuk dalam bilik "S". Lepas sejam baru mereka keluar. Sikap aku ingin tahu pun membuak2 dan satu hari aku nekad n saja intai kat lubang kunci pintu dan terkejut apabila dapati mereka...........

LEPAS ASAR MEREKA MASUK BILIK APA YG MEREKA LAKUKAN BUAT RAMAI KATA WOW


GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN

Hai. Nama aku Aqilah bukan nama sebenar. Umur aku 20-an. Aku bekas mahasiswa di salah sebuah ipta di pantai timur. Cerita yg ingin aku ceritakan adalah bagaimana tiga orang rakan ku berjaya menurunkan berat badan mereka tanpa makan produk pelik2 di pasaran. Kisah ini bermula semasa kami berada di semester 4
Farah merupakan salah seorang dari mereka bertiga tu. Dia la yang cerita kisah ni kat aku. Hebat. Ikuti cerita Farah di bawah ni.
Untuk pengetahuan korang, aku dan kawan kawan ku, A dan S memang menetap di kolej. Walaupun kami sibuk dengan kelas dan assignment, tapi kami akan curi Lebih kurang satu jam setiap petang.
Selepas sahaja kami solat asar, aku akan pergi ke bilik A dan S (memandangkan mereka sebilik). Masuk sahaja aku ke dalam bilik itu, bermulalah aktiviti mengeluarkan peluh.
Perkara pertama yang akan kami lakukan adalah memastikan lantai bilik bersih dari semua benda termasuk karpet. Kami juga akan menutup kipas untuk memastikan pengeluaran peluh pada tahap maksima.
Kami akan pasang lagu lagu yg boost kan semangat kami. Antara exercise yg kitorang buat adalh berlari dalam dalam 15 minit pertama. Walaupun bilik itu kecil tapi bila kitorang lari, mmg byk jgk lah peluh yang keluar.
Bila heartbeat pun dh start laju, kitorang pun buat lah jumping jack, squat, wall sit dan macam macam lah. Cukup satu jam kitorang berhenti dan buat cooling down.
Kitorang juga tak lupa untuk mengubah cara pemakanan. Memandangkan kami bertiga ni melayu yang terlalu sayang kan nasi, kami hanya mengurangkan portion nasi.
Kalau dulu, bila lunch je, kitorang akan beli sebungkus nasi seorang. Tapi bila dah ada dlm program kurus ni, kitorang beli sebungkus dan kongsi tiga orang. Apa yang penting, kuatkan azam.
Malam pulak kitorang akan pastikan makan sebelum 8 malam. Kitorang makan roti wholemeal dan peanut butter je. Kitorang jgk tak lupa kan teh hijau sebagai minuman setiap pagi, petang dan malam.
Jujur aku cakap, minggu pertama mmg kitorg mcm rasa benda ni sia-sia..tp masuk je minggu ketiga, ramai yg tegur, eh muka makin kecil, baju nampak besar. Siapa tak bahagia kan?hahaa
Dan kenapa kitorang exercise dalam bilik? Sebab kitorang masih tak ada keberanian untuk tunjukkan usaha kitorang dkt orang lain. Sbb aku tahu sgt , mesti akan ada yg cakap hangat-hangat tahi ayam lah tu..
So., kpd korang yang tgh dlm proses nak kuruskan badan tu, teruskan. Mmg korang rasa mcm sia-sia, tp once ada org tegur pasal perubahan saiz badan kau, percayalah, kau akan gembira dan semangat sangat untuk teruskan kehidupan.
Sekarang aku dan diorang dah habis belajar. Kepada A dan S, aku doakan kau bahagia dgn suami masing masing. Tiga serangkai Farah via Aqilah IIUM.

SUMBER : sayaluvislam



GOSIP VIRAL : AKHIRNYA CHE TA BUAT PENDEDAHAN KISAH SEBENAR PUNCA MENGAMUK DENGAN PENYANYI GANGGU ISTERI ORANG


Selebriti popular Rozita Che Wan sebelum ini memuatnaik mengamuk dengan seorang penyanyi baru bernama Della Dellon di laman IG miliknya
Baca amukan Rozita Che Wan itu DISINI.
Che Ta mengamuk kerana dikatakan penyanyi itu telah mengganggu rumah tangga dan isteri orang.
Kini Che Ta tampil menjelaskan hal sebenar tentang isu panas ini.
PERKARA SEBENAR
Katanya perkara itu bukan terjadi kepada dirinya tetapi kepada saudaranya sendiri.
Della Dellon yang merupakan seorang penyanyi wanita dengan gaya rambut pendek dan ala-ala boyish, dikatakan telah mengganggu isteri kepada saudaranya itu.
Che Ta berkata, sebelum ini teguran secara baik langsung tidak dipedulikan individu terbabit hingga membuatkannya terpaksa memberikan ‘amaran’ menerusi laman sosial peribadinya.
Ini komen Che Ta:
“Sebagai saudara, saya sakit hati mendengar luahan mengenai isterinya yang mabuk cinta dengan ‘pengkid’ hingga mengabaikan tanggungjawab di rumah.
“Lebih menyedihkan apabila anak kecil mereka yang baru mencecah berusia sembilan bulan juga diabaikan.
“Karakter isterinya itu berubah dan dia menjadi wanita berbeza selepas mengenali individu terbabit.
“Jalan akhir adalah dengan mengambil langkah membuat luahan terbuka supaya dia sedar diri.
“Sebelum ini pun saudara saya sudah bertemu untuk berbincang secara baik, namun keadaan semakin melarat.
“Harapan saya, dia sedar tidak baik memporak perandakan rumah tangga orang,”
“Ramai lagi orang di luar sana, kenapa perlu mengganggu isteri orang? Adakah setelah diberi amaran, dia menganggap dirinya seperti dicabar?
“Saya tahu dia menafikan perkara ini kepada media dan anggap diri tidak bersalah, namun saya ada bukti,”
Che Ta dengan garang mengakui mempunyai bukti yang kukuh tentang hal ini.
Itulah penjelasan sebenar kes ini.
Sumber: BH
Sumber: beritamemey


Friday 16 June 2017

GOSIP VIRAL : Rozita Che Wan Mengamuk, Penyanyi Baru Cuba Menggodanya!



Selebriti popular Rozita Che Wan atau Che ta mengamuk di laman sosial apabila seorang penyanyi baru bernama Della Dellon cuba menggodanya.

Lebih menambah geram, Della Dellon sebenarnya seorang wanita dan dikatakan memanggil dengan gelaran sayang.

Ternyata Che Ta amat berang dengan hal ni dan memuatnaik status yang menjadi tumpuan ramai di laman Instagram miliknya.

Kata Che ta ini merupakan jalan terakhir untuk menghentikan gangguan dari Della Dellon.

Ini kenyataan Che ta: 

Allah dah bagi kau jadi pompuan kau nak jadi jantan !!!
Dah jadi jantan , kau kacau bini orang!!!!
Kau nak jadi apa sebenaqnya?????
Jadi syaiton ka????? 

Kau dok bersayang- sayang dengan bini orang, muntah la dik!!!!
Bulan- bulan posa ni muhasabah la diri !!!!.
Nak jadi apa pun tak kisah la, jangan kacau hidup orang lain!!!
Ini sebenarnya jalan terakhir yang saya terpaksa ambik diatas kedegilan kau!!!

Pujuk tak makan saman, marah pun kau tak heran, ini ja makan kau bila aku terpaksa up gambaq muka ala-ala jantan kau dik!.
DELLADELLON




Status ini mendapat tumpuan ramai para follower.

Della Dellon meruapakan penyanyi baru yang popular menerusi lagu Persia.

Dia merupakan seorang wanita ayng membawa imej berambut pendek.

P/s: Tunggu penjelasan kisah sebenar dari Che Ta dan juga Della Bellon nanti


"Dah kamu Tak Halang...Dia nak Main dgn Anak Kamu, Dah Lama Dia Perati," - Kisah Seram Bayi dan Ummu Sibyan



Majoriti ibu bapa tak tahu, gara-gara tak bertanya, bayi mereka sentiasa dlm KETAKUTAN...ada antara AMALAN yg kita TERTINGGAL menyebabkan UMMU SIBYAN (syaitan) sentiasa berdamping dgn bayi kita...baca perkongsian sepenuhnya oleh lelaki ini, mohon SEBARKAN, semoga BERMANFAAT...

Gara gara tak jaga & tak tahu pasal amalan ini….. Saya dan isteri sangat lalui kesusahan lepas melahirkan anak sulung kami.
Kami berkahwin pada usia 28 tahun dan masa tu confident yang kami ni dah bersedia untuk ada cahaya mata.
Allah…. rupanya tidak… ada perkara yang kami terlepas pandang membuatkan anak kami – Qalisha tak dapat lelapkan mata walau sekejap.. dia menangis setiap kali terdengar suara saya & isteri.
Bayangkan… waktu berpantang ni isteri saya menangis sebab tak tahu apa yang terjadi dengan anak kami. Bila bawa ke hospital, doctor cakap anak sihat & ok saja.
Saya tengok isteri saya sedih ja… sebab Shila pernah cakap masa pregnant dulu yang dia nak dodoikan anak dengan nyanyikan nasyid kesukaanya. Malangnya, isteri saya terpaksa diam saja dan tak bercakap dengan anak kami.
Memasuki minggu kedua lepas lahirkan Qalisha… kami berjumpa seorang imam masjid. So selepas ustaz tanya kami beberapa perkara… rupanya selepas Qalisha dilahirkan saya yang bagi green light kepada Ummu Sibyan.
Saya & ramai yang tak tahu sebenarnya Ummu Sibyan ni adalah syaitan yang menunggu anak kita yang baru dilahirkan untuk menyesatkannya.
Ustaz siap bagi tahu…
” ‘dia’ tengah tengok ja anak awak ni untuk ajak ‘main main’.. sebab awak tak halang ‘dia’ dari jauhkan diri dari anak lepas lahir dulu” – ustaz
Terkejut & berdebar juga saya masa tu. Takut sesuatu jadi kpd anak kami.
“Solat saja tidak cukup… ada beberapa amalan sunnah yang Farid kena buat & satu perkara sunnah ni wajib buat sesudah melahirkan anak” – Ustaz
So ustaz pun explain….. seorang ayah atau org terdekat perlu mengazan di telinga kanan anak dan iqamat di telinga kiri bayi ini sesudah dilahirkan bagi menjauhkan gangguan Ummu Sibyan dari lifenya.
Sesudah Qalisha diazan & diiqamat dengan penuh doa mohon perlindungan dari ALLAH swt ini… Alhamdulillah anak kami kembali normal seperti anak anak lain. Alhamdulillah.
Saya harap ‘dia’ tak ganggu life kami lagi.
Dear bakal ibu & ayah… ambil tahu amalan2 yang diajar Rasulullah ini. Ia sangatlah penting untuk menjadi benteng mengahalang anak anak kita dari perkara yang tidak baik.
Saya kongsikan 7 SUNNAH RASULULLAH SAW SEAWAL MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI…
 AZAN – Seeloknya dilakukan ayah bayi. Diazankan di telinga kanan bayi & iqamah di telinga kirinya. Kenapa? Mengelak dari diganggu Ummu Sibyan. Siapa Ummu Sibyan? Sejenis iblis yg menanti kehadiran bayi yg baru lahir utk menakutkan & menyesatkannya.
🍃 BERTAHNIK – Dilakukan oleh org2 yg punya sifat taqwa & soleh. Caranya.. kurma yang dikunyahnya disuap kepada bayi & dilalu lalukan ke langit langit bayi & dibacakan doa doanya. Kenapa? Dengan harapan agar anak ini juga menjadi anak yg soleh & bertaqwa.
🍃 MENAMAKAN BAYI – menamakan bayi dgn nama2 yg baik pada hari ke-7 selepas kelahirannya.
🍃 BERCUKUR – Disunatkan mencukur kepala bayi pada hari ke-7.. kemudian bersedekah kpd org2 fakir miskin dgn perak seberat timbangan rambutnya itu.
🍃 NILAIAN RAMBUT BAYI – Menimbang rambut bayi yang dicukur & mendermakan perak atau emas kepada fakir miskin.
Cth :
Berat rambut bayi : 2gram.
Harga emas : RM 170.00
Harga perak : RM RM 3.00
Jika dibayar menggunakan nilaian emas :
RM 170 X 2 gram = RM 340.00
Jika dibayar menggunakan nilaian perak :
RM 3.00 X 2 gram = RM 6.00
Menurut mazhab syafi’i bersedekah itu boleh sama ada mengikut nilaian emas atau perak. Terpulang kpd kemampuan…
🍃 AKIKAH – Menyembelih 2 ekor kambing bagi kanak kanak lelaki & seekor kambing bagi anak perempuan. Disunatkan utk menyediakan hasil sembelihan itu kpd org ramai dgn dimasak masakan seperti masak kurma semasa kenduri akikah sebagai tanda kesyukuran kelahiran bayi.
🍃 BERKHATAN – Wajib bagi anak lelaki & digalakkan bagi anak perempuan.