loading...

Thursday 28 July 2016

Filled Under:

Yana Samsudin Kongsi Kisah Lahirkan Anak

Setiap pasangan pastinya teruja melalui pengalaman buat kali pertama ketika menyambut kelahiran cahaya mata, sama seperti Yana Samsudin yang baru sahaja menyambut bayi lelaki pertama beliau minggu lalu dengan selamat. Malah katanya lagi, sehingga sekarang beliau dan suami seakan tidak percaya bahawa akhirnya mereka sudah bergelar ibu bapa.
“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar. Kami masing-masing teruja dan seakan tidak percaya kerana telah bergelar ayah dan ibu sehingga menitik air mata kerana terlalu gembira dengan anugerah Allah ini. Walaupun, saya terpaksa menahan sakit selama 16 jam sebelum selamat melahirkan secara pembedahan.

“Apapun, kami sangat bersyukur dan lega kerana segalanya selamat dan bayi juga dalam keadaan sihat. Sebenarnya, keadaan pada masa itu sangat kelam-kabut malah tarikh sebenar saya sepatutnya melahirkan bayi pada 25 Julai lalu. Disebabkan ini pengalaman pertama kami menyambut anak, jadi suami agak kekok dan sedikit huru-hara menguruskan saya”
“Selepas semua selesai dan saya serta anak dibenarkan pulang ke rumah, barulah suami ada masa untuk berkongsi berita gembira bersama peminat. Bukannya kami mahu buat kejutan tetapi masa tidak mengizinkan pada waktu itu,” katanya kepada portal My Artis bercerita mengenai pengalaman kali pertamanya menyambut bayi sulung mereka pada minggu lalu.






0 comments:

Post a Comment