loading...

Saturday, 28 January 2017

Filled Under:

KRONOLOGI..!! 4 SAHABAT HILANG DI BUKIT BROGA ..KATA ANGGOTA (SAR) MEREKA DENGAR RIMTIHAN SAYU DI SEBELAH KIRI..KETIKA ITU SUASANA AMAT MENGERUNKAN KETIKA MENDENGAR TANGISAN SAYU


Alhamdulillah mangsa hilang (OH) di Bukit Broga telah di jumpai. Masuk hari ni, SAR (Safe & Rescue) masuk hari ketujuh. Akhirnya di jumpai. Syukur!
Hebat budak ni, 7 hari tanpa makanan tanpa kelengkapan masuk hutan tanpa dan tanpa perlindungan.
LOKASI JUMPA : GR 345 /270 ( 250MTR dari Puncak Broga ke Puncak Tok Wan)
MANGSA : Mohammad Azarul Mukhriz bin Abd Rahman
WAKTU : 9.30 - 9.45 AM 28/01/2017
Dijumpai oleh :
1. Muhammad Ridhalleh B Ariffin ( Pendaki )
2. Nurfahanna Bt Mat Sedek (Pendaki)
3. Kurt Kirby ( Pendaki )
4. Elena Karvouni ( Pendaki )
Diselamatkan oleh : Team RQ 52 (Crew #10 : Shafiq bin Shamsudin )




KRONOLOGI :
9.30AM - Empat pendaki menuju ke arah Gunung Tokwan , dalam perjalanan 4 pendaki terdengar laungan meminta tolong dari arah kanan trail .Mereka berpatah balik dan mencari . Mangsa ditemui dilereng sejauh 100mtr kebawah dan dibawa naik oleh 2 pendaki lelaki tersebut.
Ketika ditemui oleh 4 pendaki tersebut mangsa ditemui dlm keadaan bertongkat dan memegang sebiji buah hutan berwarna kuning .Keadaan mangsa agak lemah tapi stabil dan positif . 4 pendaki memberikan makanan ( biskut) dan air minuman.
Dalam perjalanan turun mereka berselisih dengan team RQ52 dan menyerahkan mangsa.
11.00 AM -RQ52 menghubungi base comm dan memaklumkan penemuan mangsa
11.42 AM - Disahkan mangsa oleh Pegawai Operasi Mosars melalui gambar whatsapp salah seorang RQ52 , urusan mengeluarkan mangsa dibuat dan doktor dikalangan Resque team membuat rawatan awal . Bomba ( Tuan Aziz ) dimaklumkan .
12.00 PM - Bomba tiba dan naik ke atas untuk evakuasi lanjut . Ibu dan Ayah mangsa menunggu di pintu gerbang Broga.
13.00 PM - Mangsa tiba di base comm dan dimasukkan ke ambulan JPAM dan dibawa ke hospital Kajang bersama keluarga.
14.00 PM - Semua RQ team selamat keluar dari lokasi pencarian.
15.00 PM - Standown sepenuhnya dan team 4x4 Mylandy , Unit Amal Pas , Radio Amatur , Sukarelawan dan lain2 bergerak keluar dari broga.
Laporan dari saya selaku pegawai operasi Mosars berdasarkan maklumat 4 pendaki dan RQ52
Tahniah pada team MOSARS & Sukarelawan! 👏




0 comments:

Post a Comment