loading...

Sunday 23 October 2016

Filled Under:

Ini SEBABNYA Ibu Bapa Jangan Beri Anak Tonton Kartun Peppa Pig yang ramai Tidak Tahu- Pakar Psikologi

Ini SEBABNYA Ibu Bapa Jangan Beri Anak Tonton Kartun Peppa Pig yang ramai Tidak Tahu- Pakar Psikologi



Sekumpulan pakar psikologi di Universiti Harvard yang menjalankan kajian mendapati, kartun Peppa Pig adalah salah satu penyebab autism di kalangan kanak-kanak, lapor sumber.
Kartun Peppa Pig ini berjaya mencapai kejayaan yang besar sehingga pelbagai produk seperti mainan, t-shirt dan banyak lagi yang berasaskan karekternya dijual di pasaran.
Walau bagaimanapun, persoalannya masih sama. Adakah karekter kartun ini membawa kebaikan kepada kanak-kanak? Jawapannya adalah tidak.
Menurut pakar, ada bukti yang menunjukkan peningkatan tingkah laku yang tidak sopan pada anak-anak selepas menonton kartun seperti Peppa Pig.
Antara ialah:
Merasakan dirinya bagus
Tingkahlaku yang tidak baik
Melontar ideanya sendiri tanpa mengira pendapat orang lain
Kurang sopan
Tak bertolak ansur
Tidak menghormati
Iri hari
Sombong
Ada ibu bapa yang mengadu bahawa anak mereka meniru kelakuan Peppa Pig dan adiknya, George, dan sehingga ada yang mengharamkan kartun itu ditonton di rumah mereka.
Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan berhati-hati. Masalah ini bukan sahaja timbul dari Peppa Pig, malah ada juga dipengaruhi oleh kartun yang lain. Sekitar 80% otak kanak-kanak berkembang beberapa bulan selepas dilahirkan sehingga usia tiga tahun. Jika mereka dibiarkan terlalu lama menonton televisyen atau seumpamanya, mereka akan meniru kelakuan karekter yang mereka tonton di televisyen.




0 comments:

Post a Comment