REMAJA lelaki ditahan, hari ini selepas tergamak memperkosa tiga adiknya sendiri di kediaman mereka di Sungai Layar, Sungai Petani.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid berkata, kejadian terbaru berlaku 9 pagi semalam selepas suspek berusia 18 tahun memaksa adik perempuannya berusia lapan tahun melakukan sumbang mahram itu di dalam rumah kosong bersebelahan rumah mereka.
Menurutnya, selepas melakukan perbuatan itu, suspek kemudian mengugut memukul adiknya jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.
"Bagaimanapun mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian memberitahu ibunya, 39, yang terkejut sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani semalam.
"Siasatan mendapati suspek sebelum ini turut melakukan perkara sama ke atas adiknya berusia sembilan dan 14 tahun," katanya.
Saifi berkata, kejadian sebelum ini, tiada laporan polis dibuat kerana ibunya menyangka anaknya bergurau selepas suspek mendakwa adik-adiknya membuat fitnah.
"Kita sudah menahan suspek pagi tadi dan perintah tahanan reman akan dipohon esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya.
Credit to : www.hmetro.com.my
Credit to : www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment