loading...

Saturday, 1 July 2017

Filled Under:

PELIK DUA PELAJAR INI MENGEKORI SEORANG WANITA. SELEPAS DITANGKAP APA YG DITEMUI BUAT RAMAI WANITA SERAM !!!


Tak disangka remaja zaman sekarang makin berani dalam melakukan kegiatan terkutuk mereka walaupun berada di kawasan awam. Baru-baru ini, seorang wanita bernama Siewmun Wong melalui pengkongsiannya di Facebook menceritakan kejadian di mana dia menangkap dua orang pelajar lelaki yang cuba mengambil gambar di bawah kainnya semasa sedang menaiki eskalator.
Dia menulis,
” Gadis-gadis di luar sana berhati-hatilah apabila menaiki eskalator dan tangga. Hari ini saya menangkap seorang budak yang memakai seluar sekolah bersama sahabatnya yang lebih muda memakai baju t-shirt berwarna gelap sedang cuba mengambil gambar di bawah kain saya.”
“Budak lelaki yang lebih tua itu nampak seperti berusia 14 hingga 15 tahun, manakala yang muda pula kelihatan seperti baru berumur 12 tahun. Kejadian ini berlaku ketika saya sedang menaiki eskalator menuju ke Mid Valley dari stesen KTM pada pukul 6.33 petang, 2 Mei 2017,” sambungnya.”





Menurut Wong lagi, “Apabila saya tersedar dengan apa yang sedang mereka lakukan, mereka cuba larikan diri. Tapi nasib baiklah ada seorang promoterberbangsa India yang berdiri berdekatan membantu saya menangkap mereka berdua.”
Selepas kedua-dua orang budak tersebut ditangkap, Wong merampas telefon mereka untuk memastikan gambar-gambarnya yang diambil tadi dipadamkan dengan segera. Namun selain dari gambar-gambarnya, dia juga menemui gambar mangsa-mangsa lain di dalam telefon tersebut.
Wong yang kecewa dengan apa yang berlaku meluahkan,
“Budak-budak lelaki pada umur sebegini sepatutnya belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang cerah. Tapi sebaliknya, mereka ini cuba merosakkan masa hadapan mereka dengan melakukan hal-hal yang tidak bermoral seperti ini. Disebabkan kamu ingin merosakkan masa depan kamu, saya akan laporkan ia kepada pihak polis.”



“Kepada sesiapa yang sedang membaca tulisan ini, tolong kongsikan ia kepada mereka yang tersayang supaya mereka juga boleh berhati-hati. Jikalau anda terserempak dengan dua orang budak lelaki ini di mana-mana sekitar kawasan Mid Valley City atau KL Sentral, tolong berjaga-jaga dan tangkap atau buat saja laporan polis mengenai mereka jika perlu,” tambahnya lagi.
Wong mengakhiri tulisannya di Facebook dengan ucapan terima kasih kepada lelaki berbangsa India dan Cina yang membantunya untuk mengejar dua orang budak tersebut di saat tiada sesiapa pun yang ingin menghulurkan bantuan.
Berhati-hati ye, girls semua. Sentiasa berjaga-jaga dalam semua jenis keadaan supaya anda tidak menjadi mangsa kepada situasi begini.
Sumber : Lobak Merah & FB Siewmun Wong




0 comments:

Post a Comment