loading...

Tuesday, 20 December 2016

Filled Under:

TAHNIAH, Demi Cinta, Siti Nordiana TERIMA LAMARAN Ezad untuk Bersama hingga ke akhir hayat !




PELANTUN lagu Demi Cinta, Ezad Lazim yang merasa selesa dan serasi dengan Siti Nordiana (Nana) berhasrat untuk ‘melamar’ bekas juara program realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2) itu.

Hasrat itu dizahirkan oleh Ezad atau nama penuhnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim demi melengkapkan pembikinan album mininya yang bakal dilancarkan tahun hadapan.
Disamping itu, Ezad juga menjelaskan ianya bertujuan untuk memenuhi permintaan daripada kalangan peminat mereka sendiri yang ingin melihat gandingannya dengan Nana.

“Memang banyak permintaan yang mahu kami bergandingan. Perkara ini sudah saya usulkan kepada Nana dan dia memberikan lampu hijau. Nana memiliki bakat dan kualiti vokal yang baik, malah saya optimis gabungan suara kami akan menghasilkan kerjasama yang membanggakan,” katanya kepada BH online.
Tambah bekas vokalis Exist ini lagi, keserasian itu tercipta selepas mereka sama-sama menyertai GV2. Malah kerjaya nyanyiannya juga menunjukkan peningkatan selepas menyertai program realiti itu.
“Saya berharap dapat mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun depan. Alhamdulillah, tahun ini lagu Demi Cinta yang saya hasilkan bersama Mohd Yassin dan lirik Iman Imran meninggalkan impak tersendiri kepada perjalanan kerjaya saya.
“Sebelum ini, hampir lima tahun saya terkapai-kapai mencari arah apabila beberapa single yang dihasilkan tidak mendapat perhatian,” tutur Ezad penuh rasa syukur. -MYNEWSHUB.CC






0 comments:

Post a Comment