loading...

Sunday 25 September 2016

Filled Under:

Benar Kata Pepatah... Isteri Di Uji Ketika Di Waktu Susah, Dan Suami Pula Di Uji Ketika Di Waktu Senang. Di Saat Wanita Ini Sedang Sarat Mengandung Zuriat Suami, Si Suaminya Pula Tergamak Melakukan Sesuatu Yang Tak Di sangka..


Benar Kata Pepatah... Isteri Di Uji Ketika Di Waktu Susah, Dan Suami Pula Di Uji Ketika Di Waktu Senang. Di Saat Wanita Ini Sedang Sarat Mengandung Zuriat Suami, Si Suaminya Pula Tergamak Melakukan Sesuatu Yang Tak Di sangka..








Terkesima kami tatkala membaca luahan hati wanita ini yang berkongsi kisah sayu di mana suaminya telah ‘dirampas’ oleh wanita lain...
Lebih menyayat hati, meskipun suaminya didakwa ‘kantoi’ bersama wanita tersebut di dalam rumahnya, dia tetap mahu suaminya kembali ke pangkuan mereka sekeluarga.
Tabahnya hati wanita ini…


Dulu sama-sama susah
Dulu suami sy jual burger dengan apam balik. Sama-sama  susah dengan saya . Tapi bila pindah ke Kuala Lumpur, dapat kerja gaji besar sikit dia buang saya dengan anak-anak macam itu saja sebab perempuan ni.

Saya dapat tau pasal skandal suami ni pun sebab Allah dah aturkan semuanya. 3 minggu saya melihat perubahan ketara pada suami. Tak pedulikan saya dan anak-anak. Balik kerja sampai ke subuh… dengan keadaan saya yang sarat mengandung.. dalam 3 minggu tu tiap-tiap malam saya buat solat hajat..istikharah dan tahajjud. Lepas tu saya baca yassin tiap-tiap hari mintak petunjuk pada Allah kenapa suami saya tiba-tiba berubah hati. Dah takdir Tuhan nak tunjuk semuanya. Saya mintak izin dengan suami nak balik kampung.


Coli perempuan itu atas katil saya!
Selama 3 hari saya kat kampung. Saya rasa tak sedap hati. Gelisah jiwa.. Saya balik ke KL dengan abang saya tanpa pengetahuan suami saya. Setibanya di rumah saya ternampak selipar perempuan. Suami saya mungkin dengar bunyi kunci dan terus buka pintu rumah tanpa saya yang buka.

Muka dia nampak sangat terkejut dengan kehadiran saya dan anak-anak. Suami hanya berkain pelikat tanpa baju. Saya terus masuk ke dalam rumah.. Suami tahan saya tak bagi masuk. Tapi saya tolak dia. Remuknya hati saya bila nampak pakaian dalam..coli, baju pmpuan tu kat atas katil saya. Beg perempuan tu. Barang mandi dalam bilik mandi kami. Hancur luluh perasaan saya. Sebab saya tak sangka suami snggup buat saya macam ni sedangkan saya sedang mengandung 9 bulan. Perempuan tu terus lari keluar bila say a masuk. Saya meraung menangis. Tapi suami diam je.


Saya keseorangan sampai bersalin..


hari tu jugak saya balik ke kampung saya. sampai hari bersalin, saya keseorangan. saya uruskan hal-hal hospital sendiri. saya sakit nak bersalin jam 3 pg. saya drive sendiri pergi ke hospital. bila sakit datang saya genggam stereng kuat-kuat. saya mohon Allah beri saya kekuatan. sampai hospital 3.30pg. jam 4.30pg saya selamat lahirkn bayi saya. hanya sejam saya sakit. alhamdulillah..Allah memang mudahkan segalanya. saya mengucap syukur tak terhingga. suami saya langsung tak peduli pasal anak dia. saya sedih sangat-sangat. Tapi saya masih boleh kawal perasaan.

suami tak tahu saya dah selamat bersalin. lagipun dia langsung tak pedulikan kami lagi. sedangkan saya masih isteri dia yang sah. Saya mohon pada pemilik wajah ni..tolonglah tinggalkan suami saya. bina kebahagiaan atas kesengsaraan org lain takkan kekal…pulangkanlah suami say a semula. kasihanilah anak-anak saya yang masih memerlukan kasih sayang ayahnya..




Semoga  wanita ini terus tabah dalam menghadapi kehidupan yang mendatang. Dan semoga juga ada sinar bahagia yang menanti keluarga ini. Buat suami wanita ini, semoga berubah, insaf dan kembali kepada isterinya.. Bila anda telah memilih permata, janganlah butakan mata hanya kerana melihat kilauan kaca di tengah matahari terik..Buat pasangan lain jika anda terfikir untuk curang, pandanglah mata sayu anak-anak, pandanglah wajah pasangan anda dalam-dalam... ingatlah siapa di sisi di saat anda tidak punya apa-apa.




0 comments:

Post a Comment