loading...

Wednesday 7 September 2016

Filled Under:

Kes Zika pertama libatkan wanita mengandung dikesan di Johor Bahru

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes baru jangkitan virus Zika melibatkan seorang wanita mengandung di Johor Bahru.

Ia menjadikan jumlah kes jangkitan virus Zika dalam negara setakat ini sebanyak tiga kes.

Wanita berusia 27 tahun itu yang tinggal di Taman Desa Harmoni, dipercayai mengandung antara tiga hingga empat bulan. - Gambar hiasan


Menurut menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam wanita berusia 27 tahun itu merupakan kes wanita mengandung pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.

Kandungan wanita berkenaan dipercayai berusia antara tiga hingga empat bulan.

Wanita yang tinggal di Taman Desa Harmoni itu kini dimasukkan ke semua hospital kerajaan di Johor  Bahru untuk pemeriksaan lanjut.

Suaminya yang bekerja di Singapura juga disedang diperiksa untuk virus Zika.

"Wanita berkenaan menunjukkan simptom demam, ruam dan sakit-sakit badan. Pemeriksaan yang dilakukan keatasnya menunjukkan bahawa dia positif virus Zika," katanya dalam sidang media khas mengenai virus Zika di sini, hari ini.




0 comments:

Post a Comment