loading...

Thursday 15 September 2016

Filled Under:

TRAGIS : Seorang Wanita Menemui Suami Mati TERGANTUNG Di Rumah Sendiri!!! Nauzubillah... Minta Di Jauhkan Dari Keluarga Kita. Kenapa Beliau Membunuh diri??? Baca Selanjutnya Di Sini...

TRAGIS : Seorang Wanita 

Menemui Suami Mati 

TERGANTUNG Di Rumah Sendiri!!! 

Nauzubillah... Minta Di Jauhkan Dari 

Keluarga Kita. Kenapa Beliau

Membunuh diri??? Baca Selanjutnya Di 

Sini...



WANITA TEMUI SUAMI MATI TERGANTUNG | Segamat: Seorang lelaki berusia lingkungan 30an ditemui mati tergantung di ruang tamu rumah kos rendah dua tingkat miliknya di Taman Bukit Indah, Bukit Siput, di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin.






Isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Ana, 20-an, enggan ditemu bual kerana masih terkejut dengan kejadian terbabit. Saudara lelaki Ana yang enggan dikenali berkata, beberapa hari sebelum kejadian, Ana bermalam di kediaman ibunya di Kampung Paya Pulai bagi menyelesaikan urusan keluarga.

“Pasangan itu berkahwin tiga tahun lalu serta belum mempunyai anak. Mangsa bekerja di sebuah kilang menghasilkan peralatan kediaman di sekitar daerah ini.

“Arwah ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ana beberapa hari sebelum itu bertanyakan bila isterinya akan pulang ke rumah,” katanya.




Menurut lelaki berkenaan, Ana sememangnya berhasrat untuk pulang dalam masa terdekat namun perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu. Katanya, kira-kira jam 5 petang kelmarin, Ana yang ditemani seorang ahli keluarga pulang dan memanggil suaminya serta mengetuk pintu rumah namun tidak berjawab.

“Ana kemudiannya mengintai melalui cermin tingkap dan mendapati suaminya dalam keadaan tergantung menggunakan kain di tepi tangga.

“Polis yang dihubungi terpaksa memecahkan pintu rumah untuk memasuki kediaman berkenaan. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat,” katanya. Sumber Hospital Segamat pula memaklumkan mangsa meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud mengesahkan kejadian itu.

Harian Metro





0 comments:

Post a Comment