Polis masih menyiasat motif di sebalik kejadian pembunuhan seorang kanak-kanak Muhammad Albani berusia 8 tahun, yang telah dilakukan oleh ayah kandungnya sendiri, Ahmad Sulaimi, 48 pada hari Jumaat lalu terjadi di Karang Bagu, Lingkungan Karang Taliwang, Indonesia.
Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi jam 12.30 pagi ketika suspek terbangun dari tidur.
Tanpa pikir panjang, suspek mengambil sebilah pedang di atas almarinya menghampiri mangsa yang sedang tidur di ruang tamu dan menetak leher menyebabkan anaknya mati serta merta
Ketika disoal siasat oleh penyiasat mereka melihat raut wajah Ahmad Sulaimi, tampak kosong dan mencerminkan penyesalan mendalam. Ia mengaku melakukan perbuatannya dalam keadaan sedar.
Suspek juga menyatakan tidak mendengar sebarang bisikan suara untuk menyuruh dia membunuh anak kandungnya itu.
Suspek memberitahu kepada pihak polis
"Saya merasa sakit hati, dia satu-satunya anak lelaki saya. Saya sangat sayang padanya, " sesal AS.
Kenapa suspek berasa sakit hati? Suspek mengaku, anaknya sering bersikap kurang ajar, bercakap kasar dan kotor.
"Dia seringkali memaki saya dan ibunya dengan kata kesat s **** l, u ** k, macam-macam," sebab itulah dia marah dan membunuh anaknya.
Kata-kata kesat si anak sering membuat dia jengkel.
"Dia nakal. Sering memaki ibunya. dengan suaranya yang kuat. Sampai saya malu sama jiran," kata suspek.
AS juga mengakui sama sekali bahawa dia memang tidak terlintas langsung untuk melakukan tindakan sadis itu. Kerana saya selama ini, tidak tidak pernah memukulnya.
Tapi setiap peringatan yang dia sampaikan, selalu dilawan oleh anaknya itu membuatkan emosinya terganggu..
"Dia selalu buat begitu, padahal dia masih kecil," tambah lelaki yang dikhabarkan selalu menjadi imam di masjid kampungnya ini.
Anak kecil kesayangannya itu mati di atas tilam di ruang tamu rumahnya,
Selain itu, warga di Karang Bagu, tempat suspek tingggal, masih tidak percaya perbuatan kejam tersebut berlaku kerana mangsa adalah merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga tersebut.
0 comments:
Post a Comment