loading...

Wednesday, 15 February 2017

Filled Under:

'Dia Akan Pujuk & Ajak Kahwin, Hati-hati Dengan Lelaki Ini'


SARIKEI - Seorang guru wanita nyaris menjadi mangsa seorang individu yang tidak bertanggungjawab cuba memperdayanya di laman Facebook, semalam. 

Guru yang hanya dikenali sebagai Hani memuat naik beberapa gambar yang diberikan oleh individu berkenaan, kononnya sebagai bukti agar guru berkenaan percaya dan masuk ke dalam perangkapnya. 

Bagaimanapun, guru yang berasal dari Gerik, Perak ini memilih untuk tidak mengendahkan permintaan individu berkenaan. 

"Kepada kaum hawa, kalau lelaki ini mahu meminta menjadi rakan anda, jangan layan. Dia akan pujuk anda dan ajak berkahwin. Mula-mula dia akan pikat guna agama, kononnya alim. Dia tak kahwin sebab nak tanggung adik belajar. Dia akan beri gambar kad pengenalan dia untuk menyakinkan anda bahawa dia tak menipu. Dia juga akan beri gambar dengan keluarga dia. 


"Kemudian, dia akan minta adiknya memujuk dan menyakinkan anda lebih lagi. Bukan adik dia pun sebenarnya, tetapi kawan dia sendiri juga. Lebih baik berhati-hati.

"Akhir sekali dia akan pinjam duit kononnya nak dibuat tambang penerbangan balik ke Malaysia, kononnya majikan dia dari Mercedes Benz nak transfer duit berhenti sebab dia nak berhenti kerja. Tetapi dia tak ada akaun bank di UK lalu dia akan meminta nombor akaun bank kita," katanya.

Apabila permintaan individu itu tidak dipenuhi, dia tidak berputus asa dan cuba meminjam wang guru berkenaan. Tindakan Hani yang enggan melayani permintaannya membuatkan individu itu berang dan mula melemparkan kata-kata kesat. 

Jelas Hani lagi, individu berkenaan akan menggunakan nombor  +447926541013, kononnya nombor dari UK. Malah, individu terbabit akan menyuruh adiknya, Niza, dari Putrajaya  menghubunginya dengan nombor berikut, 014-9102813.

Hani percaya, gambar yang digunakan oleh individu terbabit adalah palsu, yang digunakan untuk menarik perhatian perempuan. 

Berdasarkan gambar salinan kad pengenalan, individu itu juga telah menukar gambar asalnya kepada gambar yang dicurinya untuk melakukan kegiatan yang tidak bertanggungjawab itu. Malah, surat diberhentikan kerja itu juga adalah palsu.

Justeru Hani menasihatkan agar kaum perempuan berhati-hati dan tidak sesekali memberi maklumat akaun bank kepada pihak yang tidak bertanggungjawab agar kejadian seumpama ini tidak lagi berlaku.

Menurut beberapa sumber, individu yang sama sebelum ini juga pernah cuba meminta menjadi rakan mereka di Facebook. 

"Masih ada lagi lelaki ini. Gambar yang sama, cuma nama saja yang bertukar. Siapa pula yang menjadi mangsanya kali ini," kata Wawa. - The Reporter




0 comments:

Post a Comment