loading...

Tuesday, 7 February 2017

Filled Under:

HAIRAN Kawan Berpantang Pucat, Paha Lebam. Rupanya “Tiap Malam Ada Sesuatu Datang MENJAMAH Tubuhnya” !!! Ibu yang sedang Hamil. Wajib Share perkara ini ...

Semalam saya melawat kawan yang berpantang seorang diri. Ibu mertuanya jauh, ibu sendiri pun sudah tiada. Saya nampak muka dia pucat sangat lalu saya tanya dia kenapa. Dia terus menunjukkan bahagian pahanya yang penuh dengan lebam-lebam seperti kena tumbuk. Saya ingat dia dibelasah oleh suami,  saya ajak dia buat laporan polis. Rupa-rupanya ada kisah di sebalik kejadian itu. Dan untuk pengetahuan semua, dia bersalin secara operate.


Malam ketujuh berpantang, suami dia dah mula bekerja syif malam. Maka tinggallah dia berdua dengan anak kecil. Lebih kurang jam 4 pagi, dia terasa diri dia berat tapi tak boleh buka mata. Dia rasa ada lidah yang panjang sedang menjilat lehernya. Dia meronta-ronta, baca ayat kursi dan macam-macam surah yang terlintas. Selepas ‘benda’ itu hilang, dia pun terjaga. Puas dia tahan mata agar tidak terlelap tetapi dia tewas dan akhirnya tertidur semula.
Kali ini, ‘benda’ itu datang dari belakang dan mula menjilat lehernya. Mula-mula dia meronta tetapi bila lama kelamaan dia menjadi khayal dan sedap. Dia rasa kuku yang panjang meraba dan mencakar di pahanya. Sakit tetapi dia khayal. Akhir sekali benda itu masukkan sesuatu dalam farajnya dan dia tetap layan walaupun sakit. Dia hanya sedar bila ‘benda’ itu sudah pergi. Terus dia menghubungi suaminya dan menceritakan segala apa kejadian yang berlaku.
Sekarang dia dalam proses berubat dengan ustaz. Saya ingatkan dia kena rogol dengan jin seperti mimpi saja. Tetapi tidak. Dia nampak lembaga yang besar. Dia mengadu celah kangkangnya sakit. Memang nampak dan rasa yang real.
Saya tanya, kenapa dia tidak tidur mengiring? Katanya tak boleh sebab dia bersalin secara operate. Sekarang ibu mertuanya yang dari jauh datang menjaganya.
Para suami di luar sana, tolong jangan biarkan isteri anda berpantang seorang diri. Saya ketika baru bersalin anak sulung, ibu saya tidur di bilik bawa dan saya bersama anak tidur di bilik atas. Anak meragam dan menangis tak berhenti, tak nak tidur. Saya rasa nak humban saja dia keluar dari tingkap dan masa itu memang dah pegang baby keluar tingkap. Nasib baik iman ada lagi. Saya tersedar dan terus peluk anak sambil menangis-nangis.
Badan kita semasa pantang, kotor. Syaitan suka dekat. Kalaulah saya humban anak pada masa itu. Tak adalah saya boleh berkongsi cerita ini pada anda semua dan kini mesti saya berada di Hospital Tanjung Rambutan.
Jadikan kejadian ini sebagai iktibar buat semua. Kalau anak-anak dara, sebelum tidur ambillah wudhuk dulu dan tidurlah mengiring ke kanan. Kalau boleh elak, kita elak. Sumber:-Info Ibu Hamil




0 comments:

Post a Comment