loading...

Thursday 23 February 2017

Filled Under:

Baru 2 Hari Kenal Je Lelaki Ni Bagi Kereta Honda, Tapi Hari Masuk Hari Ke-7, Perempuan Ni Tak Boleh LUPAKAN Apa Yg Dia Berikan !!




Ia bukan kisah dongeng Cinderella semata-mata, sebaliknya adalah realiti kisah cinta seorang penyampai berita sebuah televisyen di Indonesia, Rey Utami dan pasangannya yang berakhir dengan perkahwinan meskipun masing-masing mengenali dalam tempoh yang singkat.


Kisah percintaan pasangan berkenaan menjadi bualan ramai pengguna media sosial selepas Rey mendedahkan beliau hanya mengambil masa selama seminggu sebelum membuat keputusan untuk mengakhiri zaman bujang dengan suaminya, Pablo Putra.



Menurut Rey seperti dilapor Jakarta Post, beliau mengenali Pablo pertama kali melalui aplikasi sosialTinder selepas kedua-dua pasangan itu dipadankan.



Tinder, satu aplikasi yang membenarkan pengguna bertemu janji sekiranya kedua-duanya berminat terhadap satu sama lain telah membuatkan pasangan itu juga mengatur pertemuan mereka pada hari pertama mereka dipadankan.



Apa yang lebih menarik dan pasti membuatkan ramai wanita di luar sana cemburu dengan Rey adalah pada hari kedua pengenalan Rey dengan Pablo, jejaka itu telah menghadiahkannya sebuah kereta jenis Honda HRV yang dianggarkan berharga RM120,000.



Tidak cukup dengan itu, pada hari ketiga Pablo membelinya seutas jam tangan mewah bernilai Rp 4 billion (RM1.3 juta).



Kemudiannya pada hari keempat, Pablo melamar Rey, sebelum bertemu dengan ibu bapanya pada hari kelima.



“Pada hari keempat, beliau (Pablo) melamar saya untuk mengahwininya. Beliau bertemu dengan ibu bapa saya pada hari kelima, kami membuat persiapan untuk majlis perkahwinan kami pada hari keenam dan pada hari yang ketujuh, kami berkahwin,” kata Rey seperti dilapor Jakarta Post, pada Khamis.



Disebalik ramai yang beranggapan bahawa Rey mengahwini suaminya kerana harta, wanita itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, selain menegaskan bahawa beliau mula mencintai suaminya.



Portal Triibunnews.com melaporkan, Rey baharu mengetahui bahawa Pablo menghidap penyakit jantung selepas beliau mengahwini suaminya.


“Awalnya memang lihat pada hartanya, tapi ternyata sekarang harta sudah tidak penting selepas mengetahui beliau menghidap sakit jantung.



“Saya mahu berkahwin dengan beliau bukan kerana jam tangan atau kereta yang dibelinya kepada saya, tetapi kerana beliau membuktikan kepada saya betapa beliau sangat mencintai saya,” kata penyampai berita sukan itu.



Sumber: bulletinviral




0 comments:

Post a Comment