Juruterbang Penerbangan Malaysia
(MAS) MH370 dikatakan berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp dengan seorang
wanita dua hari sebelum pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.
Portal berita The Australian
melaporkan, Kapten Zaharie Ahmad Shah dikatakan rapat dengan bekas guru yang
kini bekerja dengan parti pembangkang, Fatima Pardi selepas bertemu ketika
Pilihan Raya Umum lalu. Dalam temu bual bersama portal berita Australia itu,
Fatima bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan mesej antara dia dan Zaharie.
“Perbualan terakhir itu hanya antara
saya dan dia. Saya tidak mahu bercakap mengenainya. Saya bimbang jika apa yang
saya katakan disalah faham kerana ia perkara peribadi, isu persendirian,”
katanya.
Zaharie menjadi sasaran teori dan
spekulasi pelbagai pihak termasuk media antarabangsa apabila dikaitkan sebagai
dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370.
Malah, ada laporan merujuknya sebagai
cuba membunuh diri tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh keluarga beliau.
Pesawat MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan
radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Beijing.
sumber : http://viralsemesta.blogspot.my/
0 comments:
Post a Comment