loading...

Tuesday 22 November 2016

Filled Under:

‘Smule bawa padah kepada saya’ – Achey, Jadikan Pengajaran Buat Peminat Smule

‘Smule bawa padah kepada saya’ – Achey, Jadikan Pengajaran Buat Peminat Smule






Pelawak Achey mengakui bahawa Smule ketika memandu sememangnya membuatkan dirinya hilang fokus ketika memandu.
Achey menceritakan ketika menyanyi beliau terpaksa melihat lirik lagu tersebut, dan ini amat merbahaya kerana tidak fokus ketika memandu.
Ramai pihak yang mengecam Achey kerana dianggap memandu dalam keadaan bahaya kerana Smule.
Ini komen Achey:

TERUK DIKECAM

“Pengalaman saya tentang fokus ini, apabila saya memandu, kesalahan yang saya lakukan adalah Smule…ini teruk saya kena kecam.
“Ini saya akui memang kesilapan saya, memang ketika itu saya pakai tali pinggang keledar, tetapi fokus saya hilang sebab saya tengok lirik, saya terlupa lirik, jadi bila fikir balik memang satu kesalahan dan saya minta maaf dan tak buat lagi,”

MASIH SMULE TAPI KETIKA TAK MEMANDU

“Saya masih bersmule tapi saya berhentikan keretalah, tak lagi ketika memandu,”
Sebelum ini, video Achey dan seorang penyanyi dari Smule bernama Rozy menjadi viral.
Video duet mereka berjaya menarik jumlah tontonan sebanyak 660,438 orang. -PENMERAHDOTCOM




0 comments:

Post a Comment