loading...

Monday 14 November 2016

Filled Under:

SAH ! RUPA-RUPANYANYA INI PUNCA SEBENAR RAMLI MS BAKAL BERDEPAN HUKUmAN PENJARA !! AMAT MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA !

SAH ! RUPA-RUPANYANYA INI PUNCA SEBENAR RAMLI MS BAKAL BERDEPAN HUKUKAN PENJARA !! AMAT MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA !






Komposer muzik popular Datuk Ramli MS yang gagal mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas bernikah  boleh  disabitkan  sebagai kesalahan  selain  dikenakan  penalti  mengikut Seksyen  31 Undang­Undang Keluarga  Islam Negeri Selangor 2013.  “Secara dasarnya pasangan  yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut  dalam masa enam bulan  selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut.

“Sebaik­baiknya sejurus kembali ke Malaysia pasangan yang menetap di negeri Selangor terus hadir di hadapan mana­mana Pendaftar di negeri ini  dengan  mengemukakan  surat perakuan  nikah  dan  dokumen  berkaitan  untuk  mengesahkan  perkahwinan  itu  telah berlaku,”  kata  Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shahrom Maarof kepada mStar. Tambah  Shahrom  lagi, pihak  JAIS  akan  menjalankan  siasatan  menyeluruh  terhadap  pasangan  itu  kerana mereka  gagal  mendaftarkan perkahwinan mereka selepas setahun lima bulan bergelar suami isteri.

“Jika jelas peraturan itu dilanggar, maka pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua­duanya sekali.“Bagaimanapun kes Ramli dan Alyah masih diperingkat siasatan dan mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan sama ada perkahwinan tersebut ada mendapat kebenaran di luar dan dalam negara dan perkara­perkara berkaitan sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk
dibicarakan.”

Terdahulu perkahwinan Ramli dan Alyah telah terbongkar apabila JAIS membuat serbuan di kediaman mewah Ramli di Bandar Kinrara, Puchong





0 comments:

Post a Comment