loading...

Saturday 12 November 2016

Filled Under:

VIDEO : Ngeri!! Detik-Detik Cemas Seorang Kanak-Kanak 3 Tahun Dihempap Pintu Kaca … AMAT MENGERIKAN

VIDEO : Ngeri!! Detik-Detik Cemas Seorang Kanak-Kanak 3 Tahun Dihempap Pintu Kaca … AMAT MENGERIKAN



SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi kurang 20 saat memaparkan detik cemas seorang kanak-kanak 3 tahun dihempap pintu kaca bertebaran luas di media sosial.
Menurut Daily Mail UK yang memetik dari portal berita iFeng, difahamkan kejadian itu berlaku di kompleks Dataran Ji Jia South China Sea, Foshan, China kira-kira pukul 4 petang.
Berdasarkan rakaman CCTV itu, kanak-kanak malang itu yang ditemani oleh neneknya dilihat memasuki pusat beli-belah tersebut.
Dia yang berada sedikit terkebelakang daripada neneknya itu dilihat mengapaikan tangannya ke udara sebelum pintu kaca terbabit terjatuh secara tiba-tiba lalu menghempap dirinya.
Si nenek dilihat cuba untuk menahan pintu kaca itu dari menghempap cucunya namun tidak berjaya apabila dirinya turut terhumban ke lantai.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan bernasib baik kerana tidak maut dalam kejadian tersebut dan segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Kanak-kanak terbabit mengalami keretakan pada tulang tengkorak namun keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, wakil pusat beli-belah itu memberitahu bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.
Sumber: zaudinsaad







0 comments:

Post a Comment