loading...

Saturday 26 November 2016

Filled Under:

Inilah 5 Cara Paling Gila Wanita Asia Lakukan Hanya Untuk Putihkan Kulit

Inilah 5 Cara Paling Gila Wanita Asia Lakukan Hanya Untuk Putihkan Kulit...







Sudah menjadi lumrah manusia, tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki. Tidak kira di mana sekali pun, apa pun bangsa, mereka tidak terlepas dari sikap ingin sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka sudah ada.

Jika di negara barat, mereka tidak mahukan kulit yang putih, mereka sanggup berjemur berjam-jam ditepi pantai dengan hanya memakai pakaian dalam hanya untuk menggelapkan kulit mereka. Sebaliknya, wanita di Asia sanggup berbelanja ribuan ringgit, malah jutaan ringgit hanya untuk mendapatkan kulit yang putih melepak.


Kali ini penulis ingin kongsikan beberapa perkara yang begitu gila pernah terjadi di Asia hanya kerana inginkan kulit yang putih.




1. China - Facekini
Facekini ini satu pakaian yang muncul dari bikini. Oleh kerana, tidak mahu muka menjadi hitam dek kerana sunburn, para wanita di China ada yang memakai facekini apabila ke tepi pantai atau pun berenang.




2. Vietnam - Membungkus kulit
Mohon jangan terkejut jika anda melihat wanita membonceng motorsikal seperti ini di Vietnam. Fenomena membungkus kulit selalu terjadi di dalam kalangan wanita kelas pertengahan dan ke bawah bagi mengelakkan kulit mereka terkena cahaya matahari.




3. India - 233 tan produk mencerahkan kulit
Bukan mahu memberi komen rasis, namun sudah pasti di India perkara ini satu perkara yang begitu serius kerana rata-rata mereka berkulit hitam. Sudah pasti menjadi seorang yang berkulit putih membuak-buak di dalam diri setiap wanita India




4. Indonesia - Krim pemutih merbahaya
Tidak ketinggalan, Indonesia pernah mencatat satu kes di mana seorang ibu mengandung telah mati oleh kerana memakai produk pemutih yang dikatakan beracun. Walaupun perkara ini berlaku, namun sepertinya tidak ramai wanita di sana mengambil kisah.




5. Thailand - Sabun Sperma Salmon
Oleh kerana desas-desus mengatakan sperma ikan salmon dapat mencerahkan kulit, tidak lama selepas itu muncul sebuah produk pemutih kulit dengan menggunakan sperma ikan salmon sebagai bahan utama.








0 comments:

Post a Comment