"Saya Tak Ada Hubungan Lagi Dengan Aida & Shahida.." - Adi Putra Sahkan Cerai Kedua-Dua Isteri
Jom Baca Kenyataan Rasmi Pelakon Ini.
Hangat sebelum ini memperkatakan tentang gosip bahawa Adi Putra telah memfailkan cerai terhadap isteri pertamanya, Aida Yusof.
Namun kini hangat di laman sosial apabila tersebar berita pengakuan Adi yang kini sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dan kaitan lagi bersama Aida (isteri pertama) dan Shahida (isteri kedua).
Adi berkongsi gambar dan kapsyen di laman instagramnya.
Menurut kapsyen Adi, dia tidak mempunyai apa-apa kenyataan untuk diberi kepada pihak media.
Dia juga turut mengharapkan supaya kedua-dua bekas isterinya, Aida dan Shahida diberi penghormatan untuk tidak diganggu.
Untuk info, Adi telah berkahwin dengan Aida pada 14 April 2006 dan telah mengambil seorang cahaya mata angkat perempuan yang kini berusia lima tahun, Zara Adelia Haadi.
Pernikahan Adi bersama Shahida pula atau nama sebenarnya Nor Shahida adalah pada bulan Jun tahun lalu.
Sumber: Instagram Adi Putra
0 comments:
Post a Comment