Dakwaan Bercinta Dengan Fattah Amin, Ini Pendedahan Mengejutkan Azrinaz Mazhar Hakim!!!
Personaliti terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim menyifatkan penyebaran gosip percintaan beliau dengan aktor popular, Fattah Amin adalah sebagai mengarut.
Memetik laporan Utusan online, bekas personaliti TV3 ini berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya hubungan sesama kawan antara beliau dengan Fattah disalah anggap sebagai berkasih.
"Maaf, saya tak pernah terfikir hubungan baik saya dengan Fattah akan mengheret ke berita seperti ini (bercinta). Saya tertanya-tanya kenapa berita sebegini disebarkan,” ujar Azrinaz
Desas-desus gosip antara mereka timbul sejak minggu lalu selepas Azrinaz memuat naik fotonya dengan Fattah dalam laman sosial Instagram yang sekali gus mengundang pertanyaan daripada peminat mereka.
Dalam pada itu, bekas permaisuri Sultan Brunei itu meluahkan, beliau agak geram dengan penyiaran berita-berita oleh netizen tanpa berpandukan fakta.
Bagaimanapun, menyedari bahawa dunia tanpa sempadan hari ini memungkinkan segala-galanya berlaku menyebabkan Azrinaz mengambil pendirian berdiam diri.
"Berdiam diri lebih baik. Saya malas nak layan gosip-gosip tak betul macam ini. Takkan pula baru sekali berjumpa, ambil gambar bersama dah dianggap bercinta? Lagipun masa jumpa Fattah tempoh hari ada rakan-rakan yang lain juga,” kata Azrinaz.
Kata Azrinaz lagi, ini bukan kali pertama namanya dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan termasuk dengan seorang personaliti fesyen terkenal sehingga didakwa mengikat tali pertunangan.
"Kalau ada berita gembira tentu sekali saya akan kongsi dengan semua," jawabnya ringkas.
0 comments:
Post a Comment