Pembantu rumah Shuib Sepahtu terkejut apabila pelawak tersebut menyatakan hasrat untuk berkahwin buat kali kedua.
Perkara tersebut diakui Shuib ketika ditemui pada sidang media sempena ulangtahun ke-enam perkahwinan mereka bertempat di Bora Ombak, Putrajaya pada petang Selasa.
“Ketika saya beritahu kepada pembantu rumah yang saya nak kahwin lagi, reaksi dia sangat kelakar.
Memang dia terkejut tapi lepas tahu dia ucapkan tahniah.
“Begitu juga dengan Datuk Rosyam Nor. Reaksi dia sangat lucu ketika saya hubunginya untuk jemput dia hadir ke majlis perkahwinan kami.
“Dia terkejut sampai saya kena marah, selepas saya jelaskan perkara sebenar barulah dia okay,” katanya ketawa.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perkahwinan tersebut, Shuib memberitahu majlis itu merupakan hadiah istimewa buat isterinya, penyanyi Siti Sarah untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini.
“Enam tahun lepas majlis kahwin kami hanyalah biasa-biasa sahaja. Waktu itu saya tidak cukup wang dan hanya mampu melakukan majlis akad nikah saja.
“Isteri saya tidak dapat merasa bagaimana perasaan untuk bersanding seperti wanita lain di luar sana.
Jadi tahun keenam ini sedikit istimewa dan saya juga sudah mampu untuk mengadakan majlis persandingan.
“Jadi saya ambil keputusan untuk lakukan majlis ini sebagai tanda penghargaan kepada isteri saya yang sentiasa menerima saya seadaanya.
“Tidak kira waktu saya susah atau pun senang, dia sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada saya.
"Tak kiralah orang nak kata dah lambat ke, dah ada anak tiga ke, saya tak kisah. Bagi saya inilah masanya untuk tunjukkan betapa sayangnya saya kepada Sarah,” ujarnya.
Majlis persandingan Shuib dan Sarah akan berlangsung pada 26 Februari ini bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.[Astro Gempak]
0 comments:
Post a Comment